Soalan Interview: Kenapa Berhenti Kerja Lama? Ini Contoh Jawapan Bijak Anda Boleh Jawab

Setiap orang pasti akan pernah terfikir untuk berhenti kerja bagi mencari kerja yang lebih bagus sama ada dari segi gaji, persekitaran kerja, majikan dan pelbagai sebab lain.

Bila berhenti kerja, ada bermacam perkara yang anda perlu fikirkan kerana apabila anda hadir temuduga untuk kerja baru, soalan paling digeruni yang bakal majikan tanya ialah ‘Kenapa anda berhenti kerja lama?”

Baca juga: Contoh Soalan Temuduga Kerajaan

Walaupun banyak sebab yang anda boleh berikan, tapi anda harus pastikan jawapan yang anda berikan bukan bersifat negatif.  Pasti masih ramai yang keliru jawapan apa yang paling sesuai diberi kepada majikan untuk pastikan majikan suka dengan jawapan anda.

Pastikan anda ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui beberapa jenis jawapan yang bijak bagi menjawab soalan seperti ini.

CONTOH JAWAPAN BIJAK BAGI SOALAN MENGAPA ANDA BERHENTI KERJA LAMA

1. Mahu Timba Pengalaman Baru

Soalan Interview Kenapa Berhenti Kerja Lama Ini Contoh Jawapan Bijak Anda Boleh Jawab

Anda sendiri pasti akan terfikir untuk menambah pengalaman jika bertukar kerja kerana anda tidak akan belajar perkara baru jika anda hanya kekal di satu tempat. Sudah pastinya anda akan belajar benda baru di syarikat lain, walaupun skop kerja tidak jauh beza.

Jelaskan bahawa anda inginkan pengalaman lain juga dari segi persekitaran, pengurusan syarikat, budaya dan lain-lain.

2. Ekspreskan Minat Anda Terhadap Syarikat Untuk Kembangkan Pengalaman

Soalan Interview Kenapa Berhenti Kerja Lama Ini Contoh Jawapan Bijak Anda Boleh Jawab

Tinggalkan segala pengalaman yang menjadi titik hitam di syarikat lama dan mulakan semangat baru untuk menjejak ke syarikat seterusnya. Mulakan semangat anda untuk mengembangkan pengalaman bermula dari sesi temuduga di syarikat baru.

Dalam temuduga, tekankan minat anda terhadap syarikat tersebut untuk menunjukkan yang anda betul-betul minat untuk bekerja. Lakukan sedikit kajian mengenai syarikat tersebut untuk bina kepercayaan dan yakinkan bakal majikan.

3. Jangan Dedahkan Unsur Negatif Syarikat Lama

Soalan Interview Kenapa Berhenti Kerja Lama Ini Contoh Jawapan Bijak Anda Boleh Jawab

Jangan sesekali dedahkan unsur negatif syarikat lama dalam memberi jawapan jika majikan menanyakan sebab anda berhenti kerja lama. Walaupun anda merasakan bahawa berkata jujur lebih baik, namun kejujuran tentang perkara yang negatif di syarikat lama akan memberi tanggapan yang kurang elok pada majikan baru.

Majikan akan berfikir jika anda boleh mengutuk syarikat lama, anda juga berkemungkinan akan mengutuk syarikat mereka juga apabila anda berhenti kerja nanti.

Baca: Apa Anda Buat Semasa Menganggur? Ini Jawapan Anda Boleh Berikan

Perkongsian di atas merupakan antara jawapan terbaik yang anda boleh berikan kepada majikan baru sekiranya soalan mengenai sebab anda berhenti kerja lama ditanya. Majikan pasti akan suka dengan jawapan yang anda berikan jika anda ikuti perkongsian ini.

Dalam membuat persediaan menghadapi temuduga, praktis bagaimana untuk menjawab soalan tersebut agar anda boleh bercakar lancar tanpa kedengaran seperti anda menghafal jawapan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma