Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima TAC/ OTP

Oleh Cikgu Shaari • November 18, 2022 • 2 min baca

Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima TAC/ OTP
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda tukar nombor telefon atau nombor telefon yang anda daftarkan untuk akaun KWSP anda sudah tidak aktif? Untuk makluman anda, untuk membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP yang baru dibuka ini, anda perlu gunakan nombor telefon yang telah didaftarkan sebagai pengesahan.

Individu yang sudah tidak gunakan nombor telefon yang didaftarkan boleh kemaskini nombor telefon masing-masing bagi memudahkan urusan pengeluaran dan terima TAC/ OTP. Kemaskini nombor telefon KWSP boleh dibuat melalui beberapa kaedah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap kemaskini nombor telefon KWSP anda.

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON KWSP

Ahli KWSP yang ingin kemaskini nombor telefon boleh buat melalui kaedah berikut:

Secara Online

Untuk makluman anda, buat masa sekarang masih tiada kaedah yang disediakan untuk orang ramai buat pengemaskinian nombor telefon KWSP untuk penerimaan TAC/ OTP secara online. Anda boleh gunakan 2 kaedah lain yang disediakan.

Kemaskini Di Kiosk KWSP

  1. Hadir ke KIOSK KWSP berdekatan dengan anda.
    Semak: Senarai KIOSK KWSP Seluruh Negeri
  2. Masukkan kad pengenalan ke dalam kiosk KWSP
  3. Imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari
  4. Pilih transaksi KEMASKINI NO TELEFON BIMBIT UNTUK TAC
  5. Sila kemaskini nombor telefon anda, tekan KEMASKINI
  6. Siap!

Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima TAC/OTP

Kemaskini Di Kaunter KWSP

  1. Buat Janji Temu Online KWSP untuk hadir ke kaunter
  2. Hadir ke kaunter KWSP mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
  3. Isi borang kemaskini maklumat ahli
  4. Serahkan borang kemaskini ke kaunter
  5. Siap!

Mudah kan? Bagi Ahli yang nak mohon Pengeluaran Khas KWSP tetapi nombor telefon yang didaftarkan tidak aktif, anda juga boleh menjawab semua soalan sekuriti dengan portal di portal Pengeluaran Khas untuk meneruskan urusan permohonan pengeluaran.

Langkah ini tidak memerlukan anda untuk kunci masuk OTP. Hal ini bertujuan untuk memastikan pemohon adalah ahli KWSP sebenar.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.