Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pameran LIMA Langkawi 2023 Kembali Lagi! Ini Tarikh Dan Senarai Peserta

Oleh Cikgu Shaari • February 6, 2023 • 2 min baca

Pameran LIMA Langkawi 2023 Kembali Lagi! Ini Tarikh Dan Senarai Peserta
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat rakyat Malaysia! Selepas 4 tahun ditangguhkan,  Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan kembali berlangsung di Langkawi pada tahun 2023! Edisi LIMA pada tahun ini adalah satu acara yang dinanti-nantikan selepas tidak dianjurkan dalam tempoh 4 tahun kerana pandemik COVID-19.

Majlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan acara LIMA 2023.

LIMA 2023

Dengan adanya LIMA 2023, kita memberikan mesej yang penting kepada dunia bahawa Malaysia telah kembali kepada keadaan normal dan kembali untuk berurus niaga,

LIMA tahun ini dijangka akan menjadi edisi terbesar dalam sejarah penganjurannya dengan penglibatan 600 pempamer dari 30 buah negara. Menurut beliau, 360 pempamer yang hadir adalah dari sektor industri pertahanan.

Tambah Tok Mat, LIMA bukan sekadar pameran kerana ia akan merangkumi beberapa persidangan dan seminar yang diadakan semasa acara berlangsung.

LIMA akan menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.

Jelasnya, LIMA merupakan pameran pertahanan yang menggabungkan sektor maritim dan aeroangkasa dibawah satu bumbung.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan menyatakan penglibatan sektor komersil dalam LIMA semenjak 2019 telah memberikan impak positif kepada pameran itu.

LIMA 2023 akan melibatkan keselamatan siber, dron dan teknologi angkasa lepas

TARIKH PELAKSANAAN LIMA 2023

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan kembali berlangsung di Langkawi pada:

  • Tarikh LIMA 2023: 23 hingga 17 Mei 2023

TEMA LIMA 2023

Untuk edisi kali ini, LIMA 2023 membawakan tema:

  • Tema LIMA 2023: Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

SENARAI PENYERTAAN

Senarai penuh organisasi atau syarikat yang akan menyertai pameran pada kali ini belum diumumkan oleh pihak penganjur tetapi berikut merupakan antara nama-nama besar yang akan mengambil bahagian:

  1. BHIC
  2. Deftech
  3. Gading Group
  4. Global Turbine Asia
  5. NADI
  6. Radimax
  7. Sapura
  8. Airbus (UK)
  9. MBDA (Perancis)
  10. Kongsberg (Norway)
  11. Pasukan Tentera Laut (Perancis)
  12. Korea Aerospace Industries (KAI)
  13. Pasukan Pertahanan Australia
  14. Aselsan
  15. Roketsan
  16. Havelsan (Turki).

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan acara LIMA 2023, anda boleh terus rujuk di laman web https://www.limamalaysia.com.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.