Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Senarai Kemudahan & Elaun Diterima Oleh Penjawat Awam Lantikan Kontrak

Oleh Cikgu Shaari • November 18, 2022 • 2 min baca

Senarai Kemudahan & Elaun Diterima Oleh Penjawat Awam Lantikan Kontrak
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jika anda perasan, tak banyak pengambilan jawatan kerja kerajaan secara tetap. Kebanyakan pengambilan adalah bagi lantikan secara kontrak. Walauun faedah yang diterima oleh kakitangan lantikan kontrak dan tetap lebih kurang sahaja, namun ada juga bezanya.

Lantikan secara kontrak mungkin tidak akan menikmati kelebihan seperti lantikan secara tetap dan berpencen, namun faedah-faedah tersebut akan diberikan dalam inisiatif lain seperti elaun yang lebih tinggi, gaji yang lebih menarik, kebajikan dan jaminan yang lebih baik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai elaun dan kemudahan yang diterima oleh kakitangan kontrak.

SENARAI ELAUN & KEMUDAHAN KAKITANGAN KONTRAK

Seseorang pegawai kontrak layak diberi elaun dan kemudahan tertentu seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran L, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008. Pegawai juga layak diberi sebarang elaun dan kemudahan baru yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Contoh elaun dan kemudahan yang diterima adalah seperti berikut:

  1. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  2. Imbuhan Tetap Perumahan
  3. Imbuhan Tetap Keraian
  4. Bantuan Sara Hidup
  5. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
  6. Bayaran Insentif Pakar
  7. Elaun Dan Bayaran Semasa Bertukar Atau Berpindah Rumah
  8. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi
  9. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Negeri
  10. Rawatan Perubatan Percuma Di Klinik/ Hospital Kerajaan
  11. Rawatan Perubatan Percuma Di Luar Negeri (pesara yang menerima pencen)
  12. Kemudahan Tambang Perjalanan
  13. Pinjaman Kenderaan/ Komputer
  14. Rumah Kediaman/ Kuarters
  15. Elaun Perumahan Wilayah (bagi warganegara sahaja)
  16. Bayaran Lebih Masa (bagi Kumpulan Sokongan)
  17. Cuti Rehat
  18. Cuti Sakit
  19. Cuti Haji
  20. Cuti Bersalin
  21. Cuti Tanpa Gaji

Pemberian elaun dan kemudahan hendaklah mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pegawai  juga  layak  diberi  elaun  dan  kemudahan  baru yang  dipanjangkan  kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KELEBIHAN PEKERJA KONTRAK

Walaupun pekerja kontrak tidak mendapat faedah sama seperti pekerja tetap, anda masih mempunyai kelebihan tersendiri seperti:

  • Berpeluang mendapat lantikan tetap
  • Dapat bina kerjaya
  • Dapat meningkatkan prestasi kerja & memastikan hasil kerja berkualiti
  • Dapat membuat perancangan perkembangan kerjaya
  • Berpeluang mendapat pengalaman dari pekerja tetap
  • Mempunyai kemampuan untuk bertukar ke syarikat lain sekiranya tidak sesuai
  • Pengawalan yang lebih tinggi terhadap jumlah kerja dan jenis pekerjaan yang disiapkan

Baca juga: “Jawatan Ini Secara Kontrak, Anda Masih Menerimanya?” Ini Contoh Jawapan Temuduga 

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.