Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru (Download Borang Kemaskini Maklumat)

Oleh Cikgu Shaari • July 20, 2020 • 2 min baca

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru (Download Borang Kemaskini Maklumat)
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bulan Julai

Terkini pembayaran BSH Fasa 3 akan mula dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat). Manakala tempoh rayuan akan dibuka bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Ini berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan Malaysia pada 20 Julai 2020.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir bulan Julai 2020. Kerajaan juga telah mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM120 bagi setiap anak berusia 18 tahun bagi penerima kategori bujang dan isi rumah B40.

Bagi menerima manfaat bantuan tambahan RM120 setiap anak maksimum empat orang anak tersebut dan memastikan semua maklumat penerima adalah masih boleh digunakan, penerima BSH diminta untuk mengemaskini permohonan baru.

SYARAT KEMASKINI PERMOHONAN BARU

Penerima BSH hanya perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat seperti berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

DOWNLOAD BORANG KEMASKINI MAKLUMAT BSH FASA 3

Borang kemaskini maklumat boleh didapatkan di pautan berikut:

borang kemaskini maklumat bsh

Pemohon boleh menghantar Borang Kemaskini Permohonan BSH Fasa 3 ke cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

KATEGORI DAN KADAR BAYARAN BSH FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori bagi BSH Fasa 3:

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2,000 akan menerima BSH RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 akan menerima BSH RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 akan menerima BSH RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2,000 akan menerima BSH RM400

SKIM MYSALAM B40 & M40

Penerima BSH juga automatik layak menerima Skim MySalam. Skim MySalam merupakan skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit kritikal.

Anda boleh semak manfaat yang diterima daripada Skim MySalam di pautan berikut:

Untuk keterangan lanjut mengenai kemaskini permohonan BSH Fasa 3, ada boleh rujuk di cawangan LHDNM berdekatan atau ke laman web rasmi BSH.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.