2 Kategori Individu Yang Akan Bertukar Status Ke “Tidak Lengkap Vaksin” Jika Tak Ambil Dos Penggalak Mulai 1 April

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan individu yang gagal mendapatkan dos penggalak dalam tempoh ditetapkan akan dianggap status tidak lengkap vaksinasi dan maklumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera. Status yang tertera di aplikasi MySejahtera ini akan menyukarkan orang ramai memasuki premis-premis tertentu nanti.

Bermula 1 April 2022, beberapa kategori individu yang tidak mendapatkan dos penggalak akan bertukar status ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” walaupun telah mendapatkan 2 dos vaksinasi Covid-19 sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kategori yang bakal bertukar status jika tidak dapatkan dos penggalak.

2 KATEGORI INDIVIDU YANG PERLU DAPATKAN DOS PENGGALAK

Berikut adalah 2 kategori individu yang perlu dapatkan dos penggalak SEBELUM 1 APRIL 2022 untuk menjadikan status vaksinasi kekal ” Lengkap Vaksinasi”:

  • Penerima vaksin primer (dos 1 + dos 2) Sinovac berumur 18 tahun ke atas
  • Warga emas 60 tahun ke atas yang menerima SEMUA jenis vaksin

AKIBAT TIDAK DAPATKAN DOS PENGGALAK

Sekiranya 2 kategori individu di atas gagal mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April 2022:

  • Bermula 1 April 2022, status “Lengkap Vaksinasi” akan bertukar ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” di aplikasi MySejahtera

DAH TERIMA DOS PENGGALAK, TAPI TIADA SIJIL VAKSINASI?

Sekiranya penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin TELAH Menerima dos penggalak namun sijil digital vaksinasi tiada di halaman profil MySejahtera:

  • Anda diminta laporkan isu ini di Pilihan K melalui Interaktif Helpdesk MySejahtera dengan kadar segera

PILIHAN JENIS DOS PENGGALAK

Memandangkan ada sebilangan individu enggan menerima dos campuran, Menteri Kesihatan memberi kelonggaran kepada mereka untuk memilih jenis dos penggalak yang diingini, iaitu:

  • Sinovac; atau
  • Pfizer; atau
  • AstraZeneca

Untuk makluman anda, orang ramai yang ingin dapatkan suntikan dos vaksinasi termasuk dos penggalak boleh buat tempahan janji temu di MySejahtera untuk pilih lokasi dan tarikh penerimaan dos dengan mudah. Nak buat temu janji suntikan vaksinasi? Klik butang di bawah:

TEMPAHAN JANJI TEMU SUNTIKAN VAKSINASI COVID-19

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma