Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Panduan Buat Tempahan Janji Temu Dos Penggalak Dalam MySejahtera 

Oleh Cikgu Shaari • March 21, 2022 • 2 min baca

Panduan Buat Tempahan Janji Temu Dos Penggalak Dalam MySejahtera 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat rakyat Malaysia! Bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia menerima suntikan dos penggalak, orang ramai kini boleh membuat janji temu suntikan dos penggalak vaksin COvid-19, menerusi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac 2022 ini di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Anas Alam Faizli, berkata kemudahan tempahan itu dilaksanakan hasil inisiatif kerajaan, selain janji temu yang telah ditetapkan aplikasi MySejahtera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat tempahan janji temu bagi mendapatkan dos penggalak melalui MySejahtera.

TUJUAN TEMPAHAN JANJI TEMU DOS PENGGALAK

Kemudahan tempahan janji temu dos penggalak di MySejahtera adalah bertujuan untuk:

  • Meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan suntikan dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia, sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.
  • Memupuk kesedaran masyarakat serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP)
  • Meluaskan akses kepada program vaksinasi sedia ada, terutama dalam kalangan warga emas,
  • Bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik yang akan bermula 1 April depan dapat dilaksanakan dengan selamat

SEMAK SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)

Untuk melihat senarai pusat pemberian vaksin (PPV) pilihan yang berdaftar bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di ‘Find Vaccination Centre (PPV)’, orang ramai boleh rujuk laman web ProtectHealth di pautan berikut:

PANDUAN BUAT TEMPAHAN JANJI TEMU VAKSINASI DOS PENGGALAK

Berikut adalah panduan gunakan pautan untuk menempah janji temu vaksinasi dalam MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda
  2. Klik ikon Vaksinasi Covid-19
  3. Pilih nama penerima janji temu vaksinasi
  4. Klik pautan yang diberikan
  5. Pilih jenis vaksin dan lokasi PPV yang anda inginkan
  6. Periksa maklumat yang telah anda pilih dan klik “Sahkah”
  7. Selesai! Janji temu anda telah pun disahkan

Mudah kan? Selepas ini anda dah boleh tempahan janji temu untuk dapatkan dos penggalak bila-bila masa sahaja. Warga emas yang tidak divaksinasi atau tiada diberi dos penggalak, dengan komorbiditi, mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19.

Memandangkan Ramadan semakin hampir, dinasihatkan agar golongan ini mendapatkan dos penggalak secepat mungkin. Mari lindungi keluarga kita. Sama-sama kita meningkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.