Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Borang Maklum Balas Untuk Calon Persendirian MUET Sesi 1 2022 Yang Terkesan Covid-19

Oleh Cikgu Shaari • March 25, 2022 • 2 min baca

Borang Maklum Balas Untuk Calon Persendirian MUET Sesi 1 2022 Yang Terkesan Covid-19
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian kepada Calon Persendirian Individu (Calon Jenis 3) MUET Sesi 1 2022 yang terkesan akibat Covid-19 bagi 3 kes utama yang dinyatakan. Calon-calon yang terlibat diminta untuk melengkapkan borang maklum balas secara online yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pastikan anda isi borang tersebut selewat-lewatnya 8 April 2022. Calon yang terkesan dengan COVID-19 akan menduduki MUET Gantian Sesi 1 2022 yang akan berlangsung pada tarikh yang sama dengan MUET Sesi 2 Tahun 2022 bagi mengganti semula komponen yang tidak dapat diduduki.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tindakan calon persendirian MUET Sesi 1 yang terkesan akibat Covid-19.

3 KES UTAMA CALON PERSENDIRIAN

Perhatian kepada Calon Persendirian Individu (Calon Jenis 3) MUET Sesi 1 2022 yang terkesan akibat Covid-19 bagi 3 kes utama di bawah:

  • Positif Covid-19
  • Kontak rapat kepada pesakit Covid-19
  • Bergejala teruk (demam/ batuk/ selsema dan lain-lain)

TINDAKAN CALON KES UTAMA

Calon-calon bagi 3 kes utama calon persendirian di atas diminta untuk isi Borang Maklum Balas Calon persendirian Individu Yang Gagal Menduduki MUET Sesi 1 Tahun 2022 Akibat Terkesan Covid-19. Berikut adalah maklumat penting:

  1. Pastikan anda lengkapkan Google Form di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/ selewat-lewatnya pada 8 April 2022 (Jumaat)
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen atau bukti yang kukuh seperti pengesahan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)/ Salinan MySejahtera yang telah dikemaskini/ surat pengesahan daripada Pengetua/ Pengarah Institusi/ dan sebagainya sebagai bukti sokongan
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dipertimbangkan
  4. Bagi calon yang mendaftar melalui Penyelaras MUET di sekolah/ institusi, sila rujuk kepada Penyelaras MUET masing-masing.

MAKLUM BALAS CALON PERSENDIRIAN YANG TERKESAN

Soal selidik dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ini bertujuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat Calon Persendirian Individu yang tidak dapat menduduki Ujian Speaking dan Ujian Bertulis (Listening, Reading, dan Writing) MUET Sesi 1 2022 akibat terkesan COVID-19 (positif/kontak rapat/bergejala teruk).

Calon yang terkesan dengan COVID-19 akan menduduki MUET Gantian Sesi 1 2022 yang akan berlangsung pada tarikh yang sama dengan MUET Sesi 2 Tahun 2022 bagi mengganti semula komponen yang tidak dapat diduduki.

Komponen kertas yang akan dipertimbangkan untuk diduduki semula adalah mengikut kertas yang tidak dapat diduduki disebabkan calon terkesan COVID-19.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas melalui email di alamat temco@mpm.edu.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.