2 Kategori Individu Yang Akan Bertukar Status Ke “Tidak Lengkap Vaksin” Jika Tak Ambil Dos Penggalak Mulai 1 April
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan individu yang gagal mendapatkan dos penggalak dalam tempoh ditetapkan akan dianggap status tidak lengkap vaksinasi dan maklumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera. Status yang tertera di aplikasi MySejahtera ini akan menyukarkan orang ramai memasuki premis-premis tertentu nanti.
Bermula 1 April 2022, beberapa kategori individu yang tidak mendapatkan dos penggalak akan bertukar status ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” walaupun telah mendapatkan 2 dos vaksinasi Covid-19 sebelum ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kategori yang bakal bertukar status jika tidak dapatkan dos penggalak.
Isi Kandungan
2 KATEGORI INDIVIDU YANG PERLU DAPATKAN DOS PENGGALAK
Berikut adalah 2 kategori individu yang perlu dapatkan dos penggalak SEBELUM 1 APRIL 2022 untuk menjadikan status vaksinasi kekal ” Lengkap Vaksinasi”:
- Penerima vaksin primer (dos 1 + dos 2) Sinovac berumur 18 tahun ke atas
- Warga emas 60 tahun ke atas yang menerima SEMUA jenis vaksin
AKIBAT TIDAK DAPATKAN DOS PENGGALAK
Sekiranya 2 kategori individu di atas gagal mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April 2022:
- Bermula 1 April 2022, status “Lengkap Vaksinasi” akan bertukar ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” di aplikasi MySejahtera
DAH TERIMA DOS PENGGALAK, TAPI TIADA SIJIL VAKSINASI?
Sekiranya penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin TELAH Menerima dos penggalak namun sijil digital vaksinasi tiada di halaman profil MySejahtera:
- Anda diminta laporkan isu ini di Pilihan K melalui Interaktif Helpdesk MySejahtera dengan kadar segera
PILIHAN JENIS DOS PENGGALAK
Memandangkan ada sebilangan individu enggan menerima dos campuran, Menteri Kesihatan memberi kelonggaran kepada mereka untuk memilih jenis dos penggalak yang diingini, iaitu:
- Sinovac; atau
- Pfizer; atau
- AstraZeneca
Untuk makluman anda, orang ramai yang ingin dapatkan suntikan dos vaksinasi termasuk dos penggalak boleh buat tempahan janji temu di MySejahtera untuk pilih lokasi dan tarikh penerimaan dos dengan mudah. Nak buat temu janji suntikan vaksinasi? Klik butang di bawah: