Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM Sehingga RM20,000 Setahun

PIDM menawarkan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2021 terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja. Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi menerusikan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Anda boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM ataupun jika anda sedang mengikuti pengajian juga layak mohon.

Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan biasiswa PIDM 2021 boleh dibuat dalam tempoh berikut:

  • 29 Mac hingga 3 Mei 2021 (jam 6 petang)

TAWARAN BIASISWA PIDM

Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDN ini meliputi:

  • Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;

Program Mentor dan Bimbingan

Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan:

  • Memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program.
  • Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.

Program Latihan Praktikal

Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan:

  • Peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM
  • Program ini adalah untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).
  • Program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu
  • Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

SYARAT KELAYAKAN

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

  • Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January 2021) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  • Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;
  • Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;
  • Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;
  • Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;
  • Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;
  • Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;
  • Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

PRASYARAT

Senarai prasyarat merangkumi:

  • Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  • Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  • Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam  perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

BIDANG PENGAJIAN

PIDM mempelawa pelajar dari bidang pengajian berikut untuk mohon biasiswa:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Kewangan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Perbankan Islam
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  • Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  • Ekonomi
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Statistik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang / Undang-undang Syariah
  • Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
  • Matematik (Aktuari)
  • Pengurusan Risiko dan Insurans
  • Insurans
  • Komunikasi

SENARAI KOLEJ / UNIVERSITI

Biasiswa ditawarkan kepada pelajar dari universiti atau kolej yang diluluskan berikut:

Institusi Pengajian Tinggi Awam

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
  • University Kuala Lumpur
  • Monash University Malaysia
  • Taylor’s university
  • Sunway University
  • The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
  • UCSI University
  • Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  • Management and Science University (MSU)
  • Curtin University Malaysia
  • Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  • SEGI university

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sebelum 3 Mei 2021 secara dalam talian. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke saluran dan talian berikut:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma