Jumlah Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Mengikut Kategori Yang Akan Diterima Pada Januari 2021
Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.89 juta pada Oktober 2020 lalu. Kini baki bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 akan dibuat tidak lama lagi iaitu pada tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang dikongsikan di bawah.
Pemohon yang telah lulus semakan rayuan atau permohonan baru akan mendapat bayaran penuh pada tarikh yang sama. Pasti ramai sudah lupa kan berapa kadar bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima tidak lama lagi?
Untuk peringatan bersama, di bawah telah dikongsikan tarikh bayaran fasa kedua BPN dan jumlah bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima tidak lama lagi.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0
Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi baki penerima, permohonan baharu dan rayuan adalah seperti berikut:
- Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0: 21 Januari 2021
JUMLAH BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 MENGIKUT KATEGORI
Bayaran Fasa Pertama BPN 2.0 – Oktober 2020
Bayaran BPN 2.0 dilakukan dalam 2 Fasa. Pemohon yang layak telah terima bayaran masing-masing bagi Fasa Pertama pada Oktober 2020 seperti berikut:
- Isi Rumah
B40 – RM700
M40 – RM400 - Bujang
B40 – RM350
M40 – RM200
Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 – Januari 2021
Bagi bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima pada Januari 2021, baki yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
B40 – RM300
M40 – RM200 - Bujang
B40 – RM150
M40 – RM100
Berikut adalah jadual penuh jumlah bayaran BPN 2.0 fasa kedua dan fasa pertama:
JUMLAH BAYARAN BAGI RAYUAN DAN PERMOHONAN BAHARU
Untuk makluman anda, pemohon yang membuat rayuan dan permohonan baharu yang telah LULUS permohonan akan terima bayaran PENUH pada 21Januari 2021. Pemohon yang akan terima bayaran penuh ini adalah:
- Pemohon yang belum terima bayaran fasa pertama BPN 2.0
- Dibayar sekaligus pada Januari 2021
- LULUS dalam semakan permohonan BPN 2.0
Kadar bayaran penuh yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Isi rumah B40 : RM1,000
- Bujang B40 : RM500
- Isi Rumah M40 : RM600
- Bujang M40 : RM300
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi permohonan baharu dan rayuan, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan.