Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Jumlah Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Mengikut Kategori Yang Akan Diterima Pada Januari 2021

Oleh Cikgu Shaari • January 8, 2021 • 2 min baca

Jumlah Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Mengikut Kategori Yang Akan Diterima Pada Januari 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter
Penerima BPN 2.0 serta pemohon rayuan yang telah lulus permohonan kini boleh semak tarikh dan jumlah bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima pada Januari 2021.

Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.89 juta pada Oktober 2020 lalu. Kini baki bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 akan dibuat tidak lama lagi iaitu pada tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang dikongsikan di bawah.

Pemohon yang telah lulus semakan rayuan atau permohonan baru akan mendapat bayaran penuh pada tarikh yang sama. Pasti ramai sudah lupa kan berapa kadar bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima tidak lama lagi?

Untuk peringatan bersama, di bawah telah dikongsikan tarikh bayaran fasa kedua BPN dan  jumlah bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima tidak lama lagi.

TARIKH BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0

Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi baki penerima, permohonan baharu dan rayuan adalah seperti berikut:

  • Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0: 21 Januari 2021

JUMLAH BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 MENGIKUT KATEGORI

Bayaran Fasa Pertama BPN 2.0 – Oktober 2020

Bayaran BPN 2.0 dilakukan dalam 2 Fasa. Pemohon yang layak telah terima bayaran masing-masing bagi Fasa Pertama pada Oktober 2020 seperti berikut:

  • Isi Rumah
    B40 – RM700
    M40 – RM400
  • Bujang
    B40 – RM350
    M40 – RM200

Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 – Januari 2021

Bagi bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima pada Januari 2021, baki yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    B40 – RM300
    M40 – RM200
  • Bujang
    B40 – RM150
    M40 – RM100

Berikut adalah jadual penuh jumlah bayaran BPN 2.0 fasa kedua dan fasa pertama:

Jumlah Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Mengikut Kategori Yang Akan Diterima Pada Januari 2021

JUMLAH BAYARAN BAGI RAYUAN DAN PERMOHONAN BAHARU

Untuk makluman anda, pemohon yang membuat rayuan dan permohonan baharu yang telah LULUS permohonan akan terima bayaran PENUH pada 21Januari 2021. Pemohon yang akan terima bayaran penuh ini adalah:

  • Pemohon yang belum terima bayaran fasa pertama BPN 2.0
  • Dibayar sekaligus pada Januari 2021
  • LULUS dalam semakan permohonan BPN 2.0

Kadar bayaran penuh yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Isi rumah B40 : RM1,000
  • Bujang B40 : RM500
  • Isi Rumah M40 : RM600
  • Bujang M40 : RM300

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi permohonan baharu dan rayuan, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.