Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

SPIM PENJANA: Mohon Pembiayaan Perniagaan MARA Untuk Modal Usahawan IPTS

Oleh Cikgu Shaari • January 8, 2021 • 2 min baca

SPIM PENJANA: Mohon Pembiayaan Perniagaan MARA Untuk Modal Usahawan IPTS
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan dengan kerjasama MARA menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan SPiM PENJANA iaitu pembiayaan berbentuk modal pusingan kepada usahawan IPTS yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pembiayaan ini melibatkan kos RM300 juta dan mensasarkan usahawan IPTS untuk terus menjana pendapatan melalui perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut SPiM PENJANA dan cara membuat permohonan pembiayaan.

OBJEKTIF BANTUAN

Objektif pembiayaan SPiM PENJANA yang ditawarkan adalah bagi:

  • Bantuan Pembiayaan Perniagaan
  • Mengukuhkan perniagaan IPTS berdaya saing
  • Mengekalkan guna tenaga dan mengurangkan pengangguran
  • Mendaya maju Sektor Pendidikan melalui pengukuhan keusahawanan

HAD PEMBIAYAAN

Had pembiayaan SPiM PENJANA IPTS MARA diberikan seperti berikut:

  • RM500,000 sehingga RM50juta
  • Kadar keuntungan 3.5% setahun

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan SPiM PENJANA:

  • IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (perlu mengemukakan sijil perakuan pendaftaran yang sah)
  • Syarikat berstatus Sdn. Bhd. bertaraf Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah perlulah berumur tidak melebihi 65 tahun dan layak untuk mengambil perlindungan Takaful
  • Melepasi tapisan Carian Kredit
  • Mempunyai pengalaman/ berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Beroperasi 12 bulan ke atas
  • Bebas daripada senarai hitam MARA
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA

SPIM PENJANA: Mohon Pembiayaan MARA Untuk Modal Perniagaan Mahasiswa IPTS

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Sijil perakuan pendaftaran IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Surat kebenaran pemeriksaan kredit yang ditandatangan oleh pemohon dan dicetak menggunakan kepada surat rasmi beserta cop syarikat (format disertakan di dalam borang permohonan)
  • Laporan kewangan tahunan beraudit bagi 3 tahun terkini
  • Penyata Bank utama untuk 6 bulan terkini
  • Profil perniagaan secara ringkas i.e jenama IPT, lokasi, bilangan pelajar, bilangan staff pengurusan beserta akademik, kursus yang ditawarkan, penaja pelajar dan lain-lain.

CARA MOHON SPiM PENJANA MARA

Permohonan SPiM PENJANA MARA buat usahawan IPTS boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:

  1. Klik pautan pmbtijari.com.my/spimpenjana/
  2. Tekan LOG MASUK untuk pendaftaran akaun
  3. Lengkapkan permohonan dari Langkah 1 hingga Langkah 4
    SPIM PENJANA: Mohon Pembiayaan MARA Untuk Modal Perniagaan Usahawan IPTS
  4. Isikan maklumat seperti yang diminta sehingga selesai.
    SPIM PENJANA: Mohon Pembiayaan MARA Untuk Modal Perniagaan Usahawan IPTS

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembiayaan SPiM PENJANA MARA, anda boleh hubungi PMB Tijari Bhd di talian 03 2785 9800.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.