Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Tarikh Kemasukan Pelajar Ke Asrama Sekolah Tahun 2021

Oleh Cikgu Shaari • January 8, 2021 • 1 min baca

Tarikh Kemasukan Pelajar Ke Asrama Sekolah Tahun 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula tidak lama lagi, iaitu pada 20 Januari 2021.

Bagi mengawal kesesakan semasa pendaftaran murid di asrama, KPM memberi ruang untuk ibu bapa/penjaga menghantar anak/ anak jagaan kembali ke asrama dalam tempoh masa yang bersesuaian dan lebih awal dari jangkaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemasukan pelajar ke asrama sekolah.

TARIKH KEMASUKAN KE ASRAMA SEKOLAH

KPM membenarkan ibu bapa/penjaga menghantar anak-anak mereka mendaftar ke asrama sekolah/ kolej vokasional pada tarikh berikut:

  • Tarikh Kemasukan Pelajar Asrama: 16 Januari 2021

Walaubagaimanapun, sesi pembelajaran adalah bermula seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, iaitu bermula 20 Januari 2021 mengikut Takwim Persekolahan Tahun 2021 yang ditetapkan.

SOP MESTI DIPATUHI

Semua standard operating procedure (SOP) perlu dipatuhi sepenuhnya bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19. Murid TIDAK DIBENARKAN kembali ke asrama sekiranya:

  • Tidak sihat atau bergejala
  • Terdapat ahli keluarga yang masih dalam tempoh kuarantin di rumah

Pihak pentadbir sekolah diminta memastikan murid-murid berada bawah pengawasan warden asrama serta keperluan makan dan minum murid disediakan oleh pihak sekolah.

Tarikh Kemasukan Pelajar Ke Asrama Sekolah Tahun 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.