Jenis Fail Yang Sesuai Dibawa Untuk Temuduga Kerja Kerajaan & Swasta
Nak bawa dokumen dalam fail untuk ke temuduga kerja, jangan main bawa sahaja fail ya! Pastikan fail yang dibawa adalah sesuai dan boleh memudahkan urusan penemuduga untuk semak maklumat calon satu persatu. Sebab itu pemilihan jenis fail adalah penting calon perlu tahu.
Untuk urusan permohonan kerja rasmi seperti kerja kerajaan dan swasta, pastikan anda menggunakan fail warna HITAM. Nak tahu jenis fail yang sesuai digunakan?
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemilihan fail yang sesuai digunakan untuk temuduga.
Isi Kandungan
JENIS FAIL YANG SESUAI
Calon dinasihatkan untuk menyusun dokumen dan sijil yang berkaitan untuk dibawa ke temuduga di dalam fail yang sesuai. Jenis fail yang digunakan ini adalah penting bagi memudahkan urusan penemuduga semak satu per satu dokumen dan sijil calon.
Untuk warna yang lebih kemas, gunakan fail berwarna HITAM. Berikut adalah contoh jenis fail yang sesuai digunakan untuk dibawa ke temuduga.
Sediakan fail transparent yang boleh disemak dari satu ke satu muka surat. adalah lebih baik jika fail anda ada divider di sisi fail untuk memudahkan penemuduga tahu bahagian-bahagian tertentu.
TAJUK BESAR SETIAP BAHAGIAN JENIS DOKUMEN
Pastikan setiap bahagian jenis dokumen ada tajuk masing-masing. Contohnya seperti berikut:
SUSUNAN DOKUMEN/SIJIL DALAM FAIL
Penting untuk makluman calon, terdapat DUA jenis dokumen dan sijil yang perlu dibawa ketika temuduga iaitu:
- Dokumen/sijil ASAL
- Dokumen/sijil SALINAN FOTOSTAT
Susunan dokumen/ sijil ASAL dalam fail adalah seperti berikut:
- Senarai semak dokumen temuduga
- Maklumat Diri
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil SPM & Ujian Bahasa
- Sijil STPM (jika ada)
- Transkrip Matrikulasi / Diploma (jika ada)
- Sijil Akuan Tamat Belajar Ijazah Dari Pihak Universiti (jika ada)
- Transkrip Sarjana Muda/ Ijazah (jika ada)
- Sijil Kepujian Dekan (jika ada)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA
- Sijil sokongan yang berkaitan dan jika perlu
Untuk peringatan anda, pastikan anda tahu jenis-jenis dokumen/sijil yang perlu dan tidak perlu dibawa ke temuduga. Perlu diingatkan, dokumen yang tidak lengkap adalah salah satu sebab utama calon gagal temuduga. Jadi pastikan calon semak betul-betul jenis dan susunan dokumen yang akan dibawa ke temuduga nanti.
Selamat maju jaya!