TNB Buka Tawaran Kerja Pembaca Meter Buat Lepasan SPM & Diploma. Semak Syarat & Cara Mohon
Berminat nak bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Lepasan SPM atau Diploma yang berkelayakan boleh mohon jawatan yang ditawarkan iaitu Meter Reader. Pemohon yang nak mohon mestilah seorang yang sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
Permohonan boleh dibuat sehingga 20 Ogos 2021 secara online melalui laman yang disediakan. Pastikan anda semak syarat kelayakan terlebih dahulu. Gaji dan elaun bulanan akan diberikan kepada calon yang layak ditempatkan kerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan membuat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Tenaga Nasional Berhad
- Nama Jawatan: Meter Reader (Pembaca Meter)
- Taraf: Kontrak (1 tahun)
- Lokasi: Seluruh Semenanjung Malaysia
- Tarikh tutup permohonan: 20 Ogos 2021
GAJI & ELAUN DITAWARKAN
Berikut adalah maklumat gaji dan elaun yang ditawarkan:
- Gaji pokok: RM1,200 sebulan
- Elaun Elektrik: RM85 sebulan
- Elaun Dobi: RM60 sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad
ATAU - Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk :
i) Bahasa Malaysia
ii) Matematik atau Sains - Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
- Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal sendiri.
- Tidak rabun warna
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
- Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
- Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
CARA MOHON
Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan kerja yang ditawarkan boleh buat permohonan selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2021. Permohonan boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman https://jobs.tnb.com.my/job/
- Klik Apply Now
- Klik Create an account bagi yang belum pernah daftar
- Dah selesai daftar akaun, Sign In menggunakan email dan password yang didaftarkan
- Lengkapkan langkah permohonan kerja
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://jobs.tnb.com.my/job/.