Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Contoh Jawapan Yang Menunjukkan Nilai Positif & Negatif Dalam Soalan Psikometrik

Oleh Cikgu Shaari • January 11, 2023 • 2 min baca

Contoh Jawapan Yang Menunjukkan Nilai Positif & Negatif Dalam Soalan Psikometrik
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi calon yang pernah lalui ujian psikometrik pasti sudah tahu macam mana bentuk soalan ujian psikometrik SPA. Ujian ini merupakan salah satu ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada calon yang mahu memasuki sektor kerajaan.

Pendek kata, ujian psikomentrik SPA ini adalah wajib untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam. Namun ujian psikometrik ini tidak memerlukan calon untuk buat ulang kaji pun, cuma perlu jawab ikut keperluan dan pastikan memenuhi kriteria penilaian SPA.

Seperti yang kita tahu, ujian psikometrik ini adalah ujian berkenaan personaliti calon dan dikatakan soalan yang tiada jawapan betul atau salah. Namun ramai yang tersalah langkah dalam menjawab soalan kerana tersalah menunjukkan nilai negatif dalam memberi jawapan.

Nak tahu macam mana contoh jawapan diberi yang boleh menunjukkan nilai positif dan negatif, ikuti perkongsian di bawah.

CONTOH JAWAPAN YANG MENUNJUKKAN NILAI POSITIF & NEGATIF

Jawapan Dengan Nilai Positif

Berikut adalah contoh jawapan yang akan menunjukkan nilai positif dalam diri calon:

  • berani mencuba
  • tak takut gagal
  • berlapang dada
  • mudah menerima dan diterima orang lain
  • yakin pada diri sendiri
  • sentiasa bersangka baik
  • mudah mesra
  • bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya
    dimaklumi.

Jawapan Dengan Nilai Negatif

Jawapan seperti berikut pula akan menunjukkan nilai negatif dalam diri calon:

  • tidak bergaul dengan orang
  • tidak dapat menerima pandangan orang lain
  • sentiasa bersangka buruk dengan orang lain
  • kurang yakin pada diri sendiri
  • sentiasa teragakagak dalamtindakan
  • perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan

Baca juga: Contoh Soalan Perangkap Dalam Ujian Psikometrik Yang Ramai Calon Tersalah Langkah

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian psikometrik. Semasa menjawab soalan, pastikan anda terapkan nilai positif sahaja dalam diri anda.

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK SPA 2022

Dah tahu penilaian yang diambil kira dalam ujian psikometrik, pastilah setiap calon ingin memenuhi kriteria penilaian tersebut kan untuk lulus ujian psikometrik SPA? Jangan main jawab sahaja walaupun soalan ujian nampak mudah!

Dapatkan panduan lengkap untuk LULUS dan memenuhi kriteria penilaian pihak SPA dalam ujian psikometrik serta contoh soalan ujian psikometrik TERKINI yang boleh dijadikan rujukan calon di pautan berikut:

PANDUAN LULUS UJIAN PSIKOMETRIK & 250 CONTOH SOALAN

Baca juga: Adakah Ujian Psikometrik Ada Status Lulus & Gagal? Ini Penjelasan SPA

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.