Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Contoh Soalan Perangkap Dalam Ujian Psikometrik Yang Ramai Calon Tersalah Langkah

Oleh Cikgu Shaari • September 14, 2022 • 3 min baca

Contoh Soalan Perangkap Dalam Ujian Psikometrik Yang Ramai Calon Tersalah Langkah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi calon yang pernah lalui ujian psikometrik pasti sudah tahu macam mana bentuk soalan ujian psikometrik SPA. Ujian ini merupakan salah satu ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada calon yang mahu memasuki sektor kerajaan.

Pendek kata, ujian psikomentrik SPA ini adalah wajib untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam. Namun ujian psikometrik ini tidak memerlukan calon untuk buat ulang kaji pun, cuma perlu jawab ikut keperluan dan pastikan memenuhi kriteria penilaian SPA.

Seperti yang kita tahu, ujian psikometrik ini adalah ujian berkenaan personaliti calon dan dikatakan soalan yang tiada jawapan betul atau salah. Namun ramai yang tersalah langkah dalam menjawab soalan kerana terkena soalan perangkap dalam ujian ini.

Nak tahu apa contoh soalan perangkap dalam ujian psikometrik, semak di perkongsian bawah.

CONTOH SOALAN PERANGKAP UJIAN PSIKOMETRIK

Berikut adalah beberapa contoh soalan perangkap dalam ujian psikometrik:

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
  3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
  4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
  5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

MACAM MANA NAK JAWAB SOALAN PERANGKAP INI?

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’. Cuba bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam 200 pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten?

Contohnya bila anda dah jawab bahawa anda seorang yang suka bergaul, jangan pula anda jawab anda tidak suka mengenali orang ramai di majlis pada soalan berikutnya. Nampak tak ini menunjukkan 2 personaliti yang berbeza?

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA

Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.

Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.

Contoh Soalan Psikometrik

TEMPAH SEKARANG

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.