Inisiatif Skim Peka 3.0: Bantuan Pembiayaan Sehingga RM20,000 Buat Perniagaan Terjejas

Perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di Pulau Pinang kini boleh memohon bantuan pembiayaan melalui inisiatif Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan atau Skim Peka 3.0 dan Skim Pinjaman Tanpa Faedah Dana Permulaan Industri Ekonomi Kreatif untuk membantu mereka mengekalkan perniagaan semasa pandemik Covid-19.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Skim Peka 3.0 merupakan kesinambungan kepada Skim Peka 2.0.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan pembiayaan inisiatif Peka 3.0.

MAKLUMAT SKIM PEKA 3.0

Berikut adalah maklumat pembiayaan Skim Peka 3.0:

  • Tempoh Permohonan: 7 Oktober 2021 – 20 Oktober 2021
  • Jumlah Pembiayaan: RM5,000 – RM20,000
  • Tempoh bayaran balik: 24 bulan Moratorium (grace period) selama 6 bulan
  • Cagaran/ penjamin: Tiada cagaran dan penjamin

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang layak adalah terdiri daripada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pengundi Pulau Pinang.
  • Berniaga dan menetap di Pulau Pinang.
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan/berniaga secara bergerak (mobile)/ menjalankan perniagaan di rumah.
  • Menjalankan perniagaan melebihi 6 bulan.
  • Mempunyai lesen perniagaan (MBPP/MBSP)/Sijil pendaftaran syarikat (SSM) dan tarikh lesen/pendaftaran perniagaan tidak luput.
  • Satu pinjaman bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  • Terbuka kepada syarikat perseorangan/perkongsian/sendirian berhad/koperasi.
  • Penerima pinjaman dari Skim Pinjaman Harapan (SPH) dan Skim Peka Pulau Pinang yang masih mempunyai pinjaman tersebut tidak layak memohon.
  • Mereka yang disenaraikan di bawah CTOS akan dipertimbangkan mengikut kes.

JENIS PERNIAGAAN

Permohonan adalah dibuka kepada peniaga yang menjalankan perniagaan berikut:

  • Gerai Makanan/Minuman/Restoran/Katerer
  • Kedai pakaian, tekstil, tudung, buah-buahan, makanan ringan
  • Perkhidmatan – Bengkel kereta, motor, dobi, membaiki komputer/telefon, kedai cermin mata, gim
  • Pasar Malam/Pasar Pagi
  • Pembuatan – kek, biskut, coklat, makanan sejuk beku (frozen)
  • Perniagaan Online
  • Perniagaan FoodTruck
  • Pengusaha PKS
  • Sektor Pembinaan – Kontraktor Kelas G1
  • Taska, Tadika
  • Pusat Tuisyen
  • Training Consultants
  • Peminjam dari Skim Industri Ekonomi Kreatif, Skim Peka Pelancongan dan peniaga yang berdaftar di bawah Motac tidak layak memohon

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan dalam permohonan ini:

  • Borang CRA (CTOS) * – Muat Turun disini
    a) Sedia maklum Borang CRA perlu ditandatangan oleh SEMUA Direktor/Pemilik/Rakan kongsi jika ada
    b) Bilangan Borang CRA akan melebihi satu helai jika melebihi 2 orang pemilik
  • Borang EFT PDC *  – Muat Turun disini
  • Borang PDPA   – Muat Turun disini
  • Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini  
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) *
    a) Pemilikan Tunggal / Rakan Kongsi – Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) atau Sijil Perakuan Pembaharuan Perniagaan (Borang E)
    b) Syarikat Sendirian Berhad / Perkongsian Liabili Terhad – Borang 9 atau Seksyen 17(Syarikat yang berdaftar selepas 31 Jan 2017) dan Salinan Borang 24 & 49 / Superform
  • Lesen Perniagaan MBPP/MBSP yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Pemilik Perniagaan / Pengarah-Pengarah Syarikat/Koperasi *
  • Penyata KWSP (majikan) yang terkini – Borang A
  • Penyata kewangan syarikat/Penyata Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terkini untuk 2 tahun – Borang B / BE / C
  • Penyata kewangan yang diaudit atau penyata syarikat 2018/2019/2020
    a) Hanya penyata kedudukan kewangan (Balance Sheet) dan penyata pendapatan (Income statement)
  • Akaun pengurusan terkini (2021)
  • Dokumen tambahan untuk membuktikan perniagaan terjejas (cth: Tenancy Agreement), jika ada.
  • Salinan kad pengenalan rujukan (suami/isteri, ibu/bapa, adik beradik atau rakan pemohon) besertakan alamat terkini & nombor telefon rujukan. *
  • Gambar perniagaan seperti gambar premis, produk dan mesin. *
  • Sebut harga dari pembekal (bagi tujuan pinjaman) atau pelan perniagaan yang komprehensif.
  • Salinan bil elektrik atau air terkini (rumah kediaman). *
  • Lakaran pelan lokasi premis perniagaan.
  • Semakan daftar Pemilih (Pengundi di Pulau Pinang). *
  • Borang Pengakuan Pemohon untuk Pinjaman Skim Peka 3.0 * – Muat Turun disini
  • Borang Maklumat Rujukan Pemohon  – Muat Turun disini

CARA MEMOHON

Sekiranya anda menjalankan salah satu perniagaan yang dinyatakan di atas dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut : 04 6139 890/ 894/ 895/ 04 6340 100/194 atau dapatkan maklumat lanjut di laman pdc.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma