Info

Tarikh & Kaedah Temuduga Calon Guru Pengambilan Graduan Bukan Pendidikan

October 12, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini telah membuka pengambilan khas guru secara one-off secara besar besaran buat graduan di seluruh negara! Pengambilan bagi graduan bukan ikhtisas pendidikan telah dibuka kepada orang ramai sehingga 10 Oktober 2021 lalu.

Calon yang telah melengkapkan permohonan secara automatik akan terus dapat tarikh ujian e-UKCG. Calon yang akan duduki e-UKCG boleh rujuk panduan menduduki e-UKCG yang disediakan. Hanya calon yang melepasi tapisan awal sahaja yang layak dipanggil temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh dan kaedah temuduga calon guru bagi graduan bukan pendidikan.

TARIKH PENTING SEMAKAN & PANGGILAN TEMUDUGA

Calon-calon diminta ambil perhatian tarikh penting semakan dan panggilan temuduga bagi calon yang layak:

  • Semakan Keputusan e-UKCG Dan Panggilan Temu Duga
    = 17 hingga 31 Oktober 2021
  • Temu Duga Saringan Temu Duga Lantikan CoS
    = 1 hingga 14 November 2021
  • Pengumuman Keputusan Calon Jaya
    = 27 November 2021

HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA

Hebahan panggilan temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan nanti akan dimaklumkan seperti berikut:

  • Pemakluman bagi urusan panggilan temuduga akan dibuat melalui portal MyPDPP
  • Calon-calon yang layak akan menerima pautan “meeting number”, kata laluan, tarikh, masa dan opsyen yang akan ditemu duga
  • Calon-calon yang tidak layak disebabkan gagal melepasi tapisan juga akan dimaklumkan

Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh/ masa bagi urusan temuduga bagi telah ditetapkan oleh KPM.

KAEDAH TEMUDUGA

Bagi calon guru daripada graduan bukan pendidikan, temuduga akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Semua temuduga akan dijalankan secara video conferencing
  • Temuduga secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar dan pautan yang ditetapkan mengikut tarikh dan masa yang ditentukan
  • Temuduga akan dijalankan secara individu dalam kumpulan (lima hingga enam calon)

KRITERIA PENILAIAN

Calon yang ditemu duga akan dinilai dari beberapa kriteria berikut:

  • Keterampilan diri dan sikap
  • Keupayaan berfikir dan berkomunikasi
  • Pengetahuan am dan isu semasa pendidikan
  • Pengetahuan bidang tugas/ Ikhtisas

PERSEDIAAN CALON

Antara persediaan yang perlu calon lakukan untuk hadapi temu duga pengambilan khas guru SPP adalah:

  • Semakan panggilan temu duga
  • Perkakasan
  • Talian Internet
  • Aplikasi Cisco Webex

Untuk makluman anda, penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen di sekolah. Graduan tidak boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Rujuk: 70+ Contoh Soalan Temuduga Guru Pengambilan Khas SPP Secara One-Off

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda