Inisiatif Skim Peka 2.1: Bantuan Pembiayaan Sehingga RM50,000 Buat Perniagaan Terjejas

Pengusaha industri pelancongan dan kreatif di Pulau Pinang kini boleh memohon bantuan pembiayaan melalui inisiatif Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan atau Skim Peka 2.1 dan Skim Pinjaman Tanpa Faedah Dana Permulaan Industri Ekonomi Kreatif untuk membantu mereka mengekalkan perniagaan semasa pandemik Covid-19.
Kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Selain Skim Peka 2.1 yang kini dibuka untuk permohonan, kerajaan negeri juga kini telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat yang akan memberi manfaat bantuan RM500 buat setiap peniaga.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan pembiayaan inisiatif Peka 2.1.
Isi Kandungan
SKIM PEKA 2.1
Berikut adalah maklumat pembiayaan Skim Peka 2.1:
- Tempoh Permohonan: 28 Disember 2020 – 26 Februari 2021
- Jumlah Pembiayaan: RM5,000 – RM50,000
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mendapatkan pembiayaan Skim Peka 2.1:
- Nilai jualan tahunan kurang daripada RM15 juta atau bilangan pekerja kurang daripada 75 orang
- Berdaftar dengan MOTAC/ Pihak Berkuasa Tempatan
- Pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dan beroperasi di Pulau Pinang
- Syarikat tidak disenarai hitam
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah
- Berdaftar dengan SSM
- Pemohon SKIM PEKA 1.0 dan 2.0 yang berjaya adalah TIDAK LAYAK
PENGUSAHA YANG LAYAK
Hanya pengusaha berikut sahaja layak untuk memohon:
- Hotel berlesen dan masih beroperasi
- Tempat tarikan pelancongan berlesen atau pengusaha pelancongan yang dianggap dapat membantu industri pelancongan oleh PETAVE
- Galeri seni dan tempat persembahan kesenian berlesen
- SPA/ Pusat Urut Kaki yang berdaftar dengan MOTAC
- Pengusaha program pengalaman ‘homestay’ yang berdaftar dengan MOTAC
- Pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan beroperasi di Pulau Pinang
- Pengusaha feri dan cruise pelancongan
- Lain-lain pengusaha berkaitan sektor pelancongan yang boleh membuktikan kebergantungan yang besar ke atas pelancongan serta terkesan serta mengalami impak negatif semasa pandemik Covid-19
CARA MEMOHON
Pengusaha yang memerlukan bantuan pembiayaan yang ditawarkan boleh mohon Skim Peka 2.1 dengan memuat turun borang-borang berikut:
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut : 04 – 650 5133 / 017 – 581 5133 atau dapatkan maklumat lanjut di laman pdc.gov.my