Tawaran Pelbagai Jawatan Kementerian Pertanian & Industri Makanan Buat Lepasan PMR, SPM & Graduan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kini membuka tawaran pelbagai jawatan boleh diisi oleh lepasan PMR/PT3, lepasan SPM dan graduan yang sedang menganggur. Iklan pengisian jawatan secara kontrak adalah bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA)

TBNSA ingin mempelawa orang awam untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan seperti yang diiklankan. Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda membina kerjaya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut iklan jawatan yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

Berikut adalah beberapa jawatan yang ditawarkan boleh dimohon:

  • Penolong Jurutera Gred JA29
  • Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  • Pembantu Penerangan Gred S19
  • Pembantu Awam Gred H11
  • Pemandu kenderaan Gred H19

Rujuk maklumat jawatan di bawah:

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Tempat Kekosongan: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA)

GAJI DITAWARKAN

Gaji yang ditawarkan adalah mengikut jenis jawatan seperti berikut:

Penolong Jurutera Gred JA29

  • Minimum ~ RM1,549
    Maksimum  ~ RM5,701

Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

  • Minimum – RM1,493.00
    Maksimum – RM5,672.00

Pembantu Penerangan Gred S19

  • Minimum – RM 1,352.00
    Maksimum – RM 4,003.00

Pembantu Awam Gred H11

  • Minimum – RM 1,218.00
    Maksimum – RM 2,939.00

Pemandu kenderaan Gred H11

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat am permohonan bagi semua jawatan ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan kontrak
  • Mempunyai kompetensi dan pengetahuan kerja yang sesuai dengan bidang tugas di jawatan kontrak

Semak syarat khusus kelayakan setiap jawatan di perkongsian bawah.

CARA MEMOHON

Semua Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti di Lampiran C. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan dan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kiri sampul serta dikemukakan secara pos atau serahan tangan kepada:-

  • Pengarah Taman Botani Negara Shah Alam
    Bukit Cahaya Seri Alam
    40000 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas mulai 13 Januari 2021 hingga 29 Januari 2021 jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Kementerian ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Semak syarat khusus kelayakan, deskripsi tugas dan Borang Permohonan Jawatan di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma