Cara Mohon Jawatan Di Kementerian Pertanian & Industri Makanan Buat Lepasan STPM & Graduan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kini membuka tawaran jawatan kosong yang boleh diisi oleh graduan yang sedang menganggur dan berminat dengan jawatan ditawarkan. Jawatan kosong yang terkini ditawarkan adalah sebagai Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
MAFI ingin mempelawa orang awam untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan. Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda membina kerjaya dalam Perkhidmatan Awam.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut iklan jawatan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
- Nama Jawatan: Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
- Jumlah kekosongan: Kekosongan 120 & Simpanan 30
- Tempat Kekosongan: Seluruh Negara
- Tarikh Tutup Permohonan: 29 September 2021
BIDANG TUGAS
Tugas seorang Penolong Pegawai Pertanian Gred S29 adalah:
Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat am permohonan bagi semua jawatan ditawarkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki:
i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
ii) diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian Pilih jenis jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.