Proses Pengambilan & Haluan Kerjaya Selepas Tamat Latihan Separa Perubatan
Berminat nak jadi jururawat, tetapi tiada pengkhususan dalam bidang perubatan dan merupakan lepasan SPM? Umumnya nak jadi jururawat mestilah perlu kelayakan dalam jururawat dengan mengambil kursus kejururawatan tertentu. Buat lepasan SPM yang tiada kelayakan tak perlu risau ada satu cabang sesuai untuk anda!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan sesuai untuk lepasan SPM. Bagi yang nak bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh mohon Program Latihan Separa Perubatan melalui SPA untuk sertai kursus latihan Diploma dan Sijil yang ditawarkan.
Dah tamat Latihan Separa Perubatan, kemana haluan calon berikutnya? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui haluan kerjaya calon Latihan Separa Perubatan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Calon yang berjaya mendapat penempatan Latihan Separa Perubatan akan mengikuti kursus seperti berikut:
- Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Tempat latihan: Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)
- Tempoh latihan:
Sijil – 2 tahun
Diploma – 3 tahun - Pengambilan: Januari & Julai setiap tahun
PROSES PENGAMBILAN CALON LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Sama seperti jawatan-jawatan lain yang ditawarkan oleh Suruhanaja Perkhidmatan Awam (SPA), permohonan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan juga perlu melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya (SPA9).
Calon yang berkelayakan dan telah mohon dalam tempoh permohonan dibuka serta melepasi tapisan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan secara online. Hanya calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan ke peringkat berikutnya, iaitu temuduga.
Berikut adalah ringkasan proses pengambilan calon Latihan Separa Perubatan:
- Permohonan melalui SPA9
- Tapisan kelayakan
- Peperiksaan online Latihan Separa Perubatan
- Temuduga Latihan Separa Perubatan
- Calon yang berjaya dalam temuduga akan mendapat tawaran bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan di ILKKM ditetapkan
HALUAN SELEPAS TAMAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Setelah tamat pengajian Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dalam tempoh yang ditetapkan, peluang untuk calon diserap kerja sebagai penjawat awam adalah sangat tinggi.
Calon yang tamat pengajian dengan pencapaian yang baik dan berjaya dipilih akan berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat penempatan kerja di klinik-klinik dan hospital-hospital KKM. Penempatan kerja juga adalah berdasarkan bidang latihan yang diikuti.
Calon yang mengikuti latihan ini perlu bersaing sesama sendiri dengan menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pengajian bagi memastikan peluang untuk mendapat penempatan kerja adalah lebih cerah sebaik sahaja tamat pengajian.
Calon juga perlu tahu bahawa selepas tamat pengajian, apabila anda berkhidmat dengan kerajaan, anda akan terikat dengan kerajaan selama 4 tahun.
Semoga perkongsian proses pengambilan dan haluan kerjaya selepas tamat latihan separa perubatan ini dapat membantu calon yang berminat untuk mengikuti kursus ini membuat keputusan sebelum mohon kursus yang ditawarkan.
Anda boleh semak syarat kelayakan mengikuti latihan separa perubatan dan panduan buat permohonan di sini: