Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Semakan Keputusan Pemilihan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia SUKMA XX & Para SUKMA XX MSN

Oleh Cikgu Shaari • July 19, 2022 • 2 min baca

Semakan Keputusan Pemilihan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia SUKMA XX & Para SUKMA XX MSN
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Adalah dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/ puan di atas sokongan mendaftar sebagai Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA pada edisi ini.

Bagi yang dah buat permohonan bagi penyertaan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022, anda boleh rujuk info lanjut semakan keputusan pemilihan di perkongsian bawah.

TARIKH TEMASYA SUKMA XX MSN & PARA SUKMA XX MSN 2022

Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung pada:

  • Temasya Sukan Malaysia XX MSB 2022: 16 September 2022 – 24 September 2022
  • Para SUKMA XX MSN 2022: 1 November 2022 – 6 November 2022

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PEMILIHAN SUKARELAWAN

Untuk makluman tuan/puan, semakan keputusan pemilihan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 akan dimaklumkan bermula pada:

  • Tarikh semakan: 21 Julai 2022 jam 10 pagi

KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEMILIHAN

Seperti dimaklumkan, semakan keputusan pemilihan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 akan dimaklumkan pada tarikh dinyatakan menerusi:

  • Menerusi PENGHANTARAN EMEL yang telah didaftarkan semasa proses pendaftaran sukarelawan secara dalam talian melalui platform yang disediakan oleh pihak jawatankuasa pengelola

Keputusan yang dihantar menerusi email hanya bagi permohonan yang telah lengkap membuat perakuan di dalam sistem permohonan.

Keputusan pemilihan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 akan dimaklumkan:

  • SECARA BERPERINGKAT mengikut bidang tugas yang ditetapkan

Pemohon boleh MENYEMAK DI PETI EMEL untuk tindakan selanjutnya. Keputusan yang diberikan adalah muktamad.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menggunakan platform rasmi Oyen Chat & Ticket Support di Laman Rasmi Sukarelawan SUKMA dan Para SUKMA XX MSN 2022.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.