Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Best! Anak Penang: Mohon Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang Sehingga RM3,000

Oleh Cikgu Shaari • July 19, 2022 • 2 min baca

Best! Anak Penang: Mohon Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang Sehingga RM3,000
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Best! Anak Penang SIKBMPP merupakan galakan positif daripada Kerajaan Negeri untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik Negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang ada terlibat penyertaan secara individu atau berpasukan bagi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum boleh mohon Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim insentif ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SKIM INSENTIF KECEMERLANGAN BAKAT MUDA PULAU PINANG

Tawaran Insentif Kecerlangan Bakat Muda Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • Skim Individu: RM300 – RM1,000
  • Skim Pasukan: RM800 – RM3,000

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran insentif adalah terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Had umur adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun.
  • Setiap individu sama ada penyertaan secara individu atau berpasukan mestilah berwarganegara Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang.
  • Belajar secara sepenuh masa/bukan golongan pelajar mestilah bermastautin (minimum 3 tahun) di Pulau Pinang.
  • Kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum adalah berkaitan dengan mana-mana kursus, aktiviti atau mata pelajaran yang ternyata dalam kerangka kurikulum mereka.
  • Permohonan kejohanan sukan tidak akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS).
  • Berjaya mendapat JOHAN atau TEMPAT PERTAMA sahaja dalam kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum yang dipertandingkan.
  • Kejohanan peringkat kebangsaan yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya lima (5) buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau yang diiktirafkan oleh badan-badan professional.
  • Kejohanan peringkat antarabangsa yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau diiktirafkan oleh badan-badan professional.
  • Kejohanan berbentuk individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
    Permohonan daripada individu atau pasukan hanya boleh dibuat satu (1) kali setahun sahaja, dan
  • Permohonan dikemukakan kepada pihak PYDC selewat-lewatnya enam (6) bulan setelah tamat kejohanan tersebut.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan insentif yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Puan Nooraini di talian 012 5880186 atau emel ke alamat bestanakpenang@pydc.com.my. Anda juga boleh terus ke laman web https://pydc.com.my/en/bestanakpenang/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.