Penggantian Percuma Bagi Kad Pengenalan, Passport & Dokumen Peribadi Yang Rosak/ Hilang Akibat Banjir

Mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan, pasport dan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma. Penggantian percuma ini juga ditawarkan kepada individu yang mengalami kerosakan dokumen-dokumen tersebut.

Memandangkan banjir baru surut, mangsa boleh memberi tumpuan kepada proses pembersihan banjir manakala pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan akan membantu mangsa-mangsa mendapatkan dokumen berkenaan. Tiada bayaran akan dikenakan bagi penggantian dokumen-dokumen yang rosak atau hilang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penggantian dokumen penting mangsa banjir secara percuma.

DOKUMEN YANG BOLEH DIGANTI SECARA PERCUMA

Penggantian dokumen secara percuma buat mangsa banjir adalah melibatkan:

  • Kad pengenalan
  • Pasport
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kematian
  • Dokumen peribadi lain di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri

CARA DAPATKAN AKADEMIK

Mangsa banjir yang kehilangan atau kerosakan sijil akademik boleh dapatkan semula secara online melalui pautan berikut:

Mangsa banjir yang terlibat akan menerima pelbagai bantuan bencana yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru -baru ini. Anda boleh semak senarai bantuan di sini:

Semoga kemudahan yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang terlibat dan mengalami kesusahan akibat bencana yang melanda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus ke saluran berikut:

  • Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Facebook Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • JPN: 03 8880 7077

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma