Sijil STPM Hilang? Ini Cara Buat Permohonan Sijil STPM Secara Online, Terus Sampai Rumah

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) anda hilang? Anda boleh buat permohonan online dengan mudah! STPM adalah di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jadi, permohonan sijil STPM yang hilang tidak boleh dibuat melalui e-Lembaga Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan salinan sijil melalui e-Lembaga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah khas untuk salinan sijil SPM/PMR/SPMU/SRP dan lain-lain.

Untuk permohonan salinan sijil STPM yang hilang, anda boleh buat permohonan secara online melalui laman khas yang disediakan oleh MPM. Bayaran juga boleh dibuat secara online dan anda diberi pilihan untuk mendapatkan salinan STPM melalui kaedah “ambil sendiri” atau “POSLAJU”.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat permohonan salinan sijil STPM secara online.

KADAR BAYARAN DIKENAKAN

Anda akan dikenakan caj bagi setiap permohonan salinan sijil STPM anda dan bayaran boleh dibuat secara online melalui credit card/ debit card dan juga online banking fpx. Kadar bayaran akan dikenakan seperti berikut:

Jika anda memilih penghantaran secara poslaju, berikut adalah bayaran yang akan dikenakan:

  • RM60.10 (credit card/ debit card)
  • RM60.00 (fpx)

Jika anda memilih untuk mengambil sendiri, berikut adalah bayaran yang akan dikenakan:

  • RM52.40 (credit card/ debit card)
  • RM52.00 (fpx)

CARA MOHON SALINAN SIJIL STPM

Anda perlu “Log In” ke http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/ paparan seperti dibawah di skrin anda.

CARA MOHON SALINAN SIJIL STPM

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda, kemudian Klik butang “Hantar”.

Jika data anda terdapat dalam sistem peperiksaan STPM, skrin tahun peperiksaan yang diduduki akan dipaparkan, sila klik butang “teruskan”.

Sila masukan butiran anda dalam maklumat permohonan dan bayaran akan terpapar, dan klik butang “Teruskan”.

Proses bayaran, terdapat 2 kaedah untuk membuat bayaran dan sebelum itu, anda perlu membuat keputusan samaada ingin mengambil sendiri atau Poskan sijil STPM.

setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang “Teruskan” untuk proses bayaran anda.

setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang “Teruskan” untuk proses bayaran anda.

Anda perlu membuat semakan, dan sila pastikan butiran anda betul dan tepat sebelum, menekan butang “Bayar”

Skrin resit pembayaran akan terpapar,  bagi pembayaran yang telah berjaya status : Successful I Berjaya

Klik butang “Teruskan” setelah memilih tahun peperiksaan.
Skrin makluman permohonan berjaya akan terpapar seperti di bawah.

Klik butang “Cetak” untuk mencetak resit.

KAEDAH TERIMA SALINAN SIJIL STPM

Bagi yang memilih kaedah terima Poslaju, anda akan mendapat sijil anda dalam masa 2 hari bekerja.

Bagi yang memilih kaedah penerimaan sijil di kaunter MPM, anda dikehendaki mendapatkan temu janji melalui email sebelum hadir ke kaunter MPM seperti berikut:

CARA MOHON SALINAN SIJIL STPM

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Dapatkan Salinan Sijil MUET Yang Hilang Secara Online

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma