Temuduga Online (TSOI) SPA: Perlu Hadir Sesi Simulasi Sehari Sebelum Temuduga, Calon Ini Kongsi Pengalaman Temuduga TSOI

Mulai 15 Jun 2021, SPA akan melaksanakan temuduga secara online In Situ (TSOI) sepanjang pelaksanaan PKP bagi meneruskan urusan temuduga bagi jawatan yang telah mengeluarkan tarikh temuduga. Bagi yang pertama kali nak hadir temuduga online (TSOI) SPA ini, pastikan anda buat persiapan sebaiknya bagi mengelakkan berlaku kesalahan nanti.

Seorang calon telah kongsikan pengalaman beliau menghadiri Temuduga Online (TSOI) SPA bagi Jawatan Penolong Pustakawan S29 pada 23/07/2021. Orang ramai boleh jadikan pengalaman beliau ini sebagai persediaan dan gambaran temu duga online (TSOI) sebenar nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk gambaran jelas temuduga online (TSOI) SPA.

PROSES TEMUDUGA ONLINE (TSOI) SPA

Berikut adalah perkongsian pengalaman calon yang telah hadir temuduga online (TSOI) SPA. Anda boleh lihat proses-proses tersebut:

1) Email Panggilan Temuduga

Calon menerima email panggilan temuduga pada 5/7/2021, dalam email dinyatakan beberapa perkara PENTING iaitu:

  • Tarikh temuduga
  • Peringatan untuk melengkapkan MyResume di https://mysresume.spa.gov.my/
  • LAMPIRAN A (Persetujuan Aku Janji Integriti), calon perlu mengisi borang ini dan dimuatnaik dalam ruangan Maklumat Akademik di MyResume
  • Diwajibkan menghadiri sesi simulasi (sehari sebelum temuduga)

2) Email Simulasi TSOI

Calon akan menerima email selewat-lewatnya 1 HARI SEBELUM tarikh simulasi, namun calon telah terima email 1 minggu sebelum. Dalam email dinyatakan:

  • Masa dimulasi
  • Pautan (link) untuk menghadiri sesi tersebut

3) Hari Simulasi

  • Bersedia pada masa yang ditetapkan
  • Masuk ke link 10 minit sebelum masa yang ditetapkan
  • Calon perlu memasukkan Nama & Email kemudian tekan “Join As Guest”
  • Akan terdapat “preview” dan kemudian boleh tekan butang “Join Meeting”
  • Calon akan melihat paparan “You can join the meeting after the host admits you”
  • Cuma perlu tunggu sehingga host admit, tempoh menunggu adalah berbeza bergantung kepada situasi

4) Aktiviti Semasa Simulasi

  • Petugas SPA cuma nak periksa keadaan internet calon
  • Petugas akan beri makluman tentang gambar, suara, keadaan video, dan kedudukan dengan laptop
  • Kemudian dia bagi peringatan untuk lengkapkan MyResume, masuk ke link 10 minit sebelum masa temuduga & tidak dibenarkan membuat rakaman
  • PERINGATAN PENTING untuk semak email selepas simulasi pada hari yang sama, info mengenai masa temuduga dan link akan diberi
  • Kemudian boleh tanya jika ada sebarang persoalan lain
  • Sesi simulasi selesai dalam masa 2-3 minit sahaja

5) Email TSOI Bagi Jawatan……….

Anda akan terima email yang mengandungi:

  • Masa temuduga
  • Link temuduga

6) Hari Temuduga

  • Bersedia awal
  • Masuk ke link 10 minit sebelum masa yang ditetapkan dantunggu sehingga host admit
  • Sebelum bermula boleh berkomunikasi dengan panel untuk memastikan kelancaran
  • Selesai temuduga calon boleh klik ‘leave meeting’ atau boleh tunggu sahaja sehingga di ‘removed from meeting’

Baca juga: Tips Persediaan Teknikal Untuk Temuduga Online Kerajaan – Perkongsian Calon Lulus

3 EMAIL PENTING YANG DITERIMA

Pastikan anda alert dengan 3 email penting berikut:

  • Email panggilan temuduga
  • Email simulasi TSOI
  • Email TSOI bagi jawatan

Untuk panduan teknikal dan sebagainya bagi persediaan menghadiri temuduga online (TSOI) SPA, anda boleh rujuk di pautan bawah:

Sumber: Facebook

NAK RUJUKAN TEMUDUGA?

Dapatkan panduan temuduga kerja kerajaan berikut untuk persiapan temuduga anda.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma