Penjawat Awam Bujang Meninggal Dunia: Ini Senarai Faedah Terbitan Yang Diterima Ibu Gemulah

Sebagai penjawat awam, Jabatan Perkhidmatan Awam ada menyediakan pelbagai ganjaran dan khairat buat ibu atau bapa penjawat awam bujang yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan.

Memang benar wang tidak dapat menggantikan kesedihan, namun ganjaran dan khairat yang diberikan ini adalah sebagai bantuan kepada waris untuk meneruskan kehidupan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui ganjaran dan khairat yang boleh waris (ibu atau bapa) tuntut sekiranya berlaku kematian penjawat awam bujang.

FAEDAH TERBITAN YANG DITERIMA IBU GEMULAH

1. Ex-Gratia Terbitan (dibayar sekaligus)

Ex-gratia terbitan adalah pembayaran sekaligus kepada ibu atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen sektor awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak.

Ex-gratia terbitan dikira berdasarkan formula berikut:

  • Ex-gratia terbitan = 1/20 atau 7.5% x tempoh perkhidmatan secara isyarat x gaji akhir pada tarikh kematian

2. Ganjaran Terbitan

Ganjaran Terbitan merupakan bayaran sekaligus yang diberikan kepada balu atau duda, anak dan ibu atau bapa tanggungan gemulah mengikut formula berikut:

  • Ganjaran Terbitan: 7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima

3. GCR Terbitan

Ganjaran cuti rehat adalah ganjaran yang dibayar bagi menggantikan cuti penjawat awam yang terkumpul atau tidak digunakan sepanjang perkhidmatan terhad kepada maksimum 150 hari.

Formula pengiraan:

  • GCR: 1/30 x jumlah cuti rehat terkumpul x (gaji pokok terakhir diterima + Imbuhan Tetap)

Imbuhan tetap:

  • Khidmat Awam
  • Keraian
  • Perumahan
  • Jawatan Utama/Khas

4. Ex Gratia Kematian

Pekeliling terbaru sepertimana diumumkan dalam Bajet 2019 iaitu pembayaran ex gratia sekaligus kepada waris anggota yang meninggal dalam perkhidmatan.

Kadar bayaran diberikan kepada waris berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti berikut:

  • Kurang daripada 60 bulan: RM150,000
  • 61 hingga 120 bulan: RM100,000
  • 121 hingga 180 bulan: RM75,000
  • Lebih daripada 241 bulan: TIADA

Baca: Cara Mohon Faedah Ex-Gratia Buat Waris Penjawat Awam 

5. Bantuan Mengurus Jenazah

Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan khairat kematian berjumlah RM3,000 dan juga kos pengangkutan jenazah kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia. Dapatkan borang dan cara-cara mohon bantuan mengurus jenazah di sini:

Kematian dalam perkhidmatan: Diuruskan & dibayar oleh Jabatan

Kematian dalam persaraan: Diuruskan & dibayar oleh JPA& KWAP

Walaupun faedah terbitan yang disediakan buat waris tidak sama nilai dengan kehilangan orang tercinta, namun sekurang-kurangnya faedah yang diberikan mampu menjadi sedikit sumber wang untuk waris yang bergantung hidupnya kepada arwah.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma