Cara Buat Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan RM3,000

Bantuan kewangan di bawah Jabatan Perkhidmatan Persaraan adalah diperuntukkan bagi mengurangkan beban keluarga untuk mengurus Jenazah Pesara Kerajaan. Kadar bayaran sebanyak RM3,000 yang dibayar sekali akan dibayar terus kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Pesara Kerajaan terbabit.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan mengurus jenazah pesara kerajaan.

Isi Kandungan

KELAYAKAN BANTUAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi membuat tuntutan bantuan:

  • Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah
  • Kes kematian sebelum tarikh kuatkuasa 12 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini
  • Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Pesara Kerajaan yang meninggal dunia dalam persaraan.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses

PEMBAYARAN BANTUAN

Bayaran sekali bayar sebanyak RM3,000 akan dibayar kepada waris yang menguruskan jenazah Pesara Kerajaan. Cara pembayaran adalah seperti berikut:

  • Bayaran diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Persaraan
  • Bayaran akan dibuat menggunakan cek serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon

CARA MEMOHON

Mohon dengan segera apabila berlaku kematian pesara, dengan isi borang JPA.BP.UMUM.BMJ yang boleh didapati di bawah. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat berikut:

  • Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
    Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
    Aras 2, Skytech Tower 2,
    MKN Embassy Techzone,
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
    63000 Cyberjaya, Selangor

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 03 9997 9777 atau emel ke mypesara@kwap.gov.my.

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MRNGURS JENAZAH

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma