Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Ex-Gratia Kematian: Faedah Sehingga RM150,000 Kepada Waris Penjawat Awam

Oleh Cikgu Shaari • August 5, 2020 • 2 min baca

Ex-Gratia Kematian: Faedah Sehingga RM150,000 Kepada Waris Penjawat Awam
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ex-Gratia Kematian adalah satu insentif baharu yang diperkenalkan oleh Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Insentif ini adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun kepada 240 bulan.

Tujuan pemberian faedah ini adalah bagi membantu meringankan beban tanggungan/waris penjawat awam yang meninggal dunia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai faedah Ex-Gratia Kematian.

SYARAT FAEDAH EX-GRATIA

Syarat pemberian Ex-Gratia Kematian adalah kepada:

  • Penjawat Awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Penjawat Awam ini merangkumi:
    i) Perkhidmatan Awam Persekutuan,
    ii) Perkhidmatan Negeri,
    iii) Pihak Berkuasa Berkanun dan
    iv) Pihak Berkuasa Tempatan.

Syarat penerimaan Ex-Gratia Kematian adalah:

  • Balu/Duda yang layak
  • Anak
  • Ibu/Bapa yang layak

Pembahagian Syer

Pembahagian syer faedah adalah seperti berikut:

  • 9/10 syer (90%)
    – Dibayar kepada balu,duda dan anak-anak bawah 21 tahun
  • 1/10 syer (10%)
    – Dibayar kepada ibu, jika ibu meninggal akan dibayar kepada bapa.

KADAR PEMBAYARAN EX-GRATIA

Jumlah pemberian Ex-Gratia Kematian kepada waris yang layak mengikut tempoh perkhidmatan seperti berikut:

  • Kurang daripada 60 bulan = RM150,000
  • 61 hingga 120 bulan = RM100,000
  • 121 hingga 180 bulan = RM75,000
  • Lebih daripada 241 bulan = TIADA

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara waris memohon Ex-Gratia kematian bagi Penjawat Awam yang memilih:

  • Skim Pencen
    – Permohonan dikemukakan oleh Jabatan akhir anggota, diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan.
  • Skim KWSP/Anggota Yang Belum Disahkan Jawatan
    – Permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan,JPA
    – Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.

Kuat kuasa pelaksanaan pemberian ini ialah pada 1 Januari 2020. Kematian yang berlaku pada 1/1/2020 dan selepasnya akan layak untuk diberikan Ex-Gratia Kematian.

Untuk makluman anda, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian penjawat awam yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Ex-Gratia, si emailkan kepada mypesara@kwap.gov.my atau hubungi talian 03-8887 8777.

Ex-Gratia Kematian: Faedah Sehingga RM150,000 Kepada Waris Penjawat Awam

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.