Cara Mohon Faedah PERKESO Jika Positif Covid-19 & Terima Bayaran Mengikut Tempoh Kuarantin
Ramai tak tahu, pekerja yang mendapat jangkitan Covid-19 boleh tuntut Skim Bencana Pekerjaan PERKESO. Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
Pencarum yang disahkan dijangkiti Covid-19 di tempat kerja boleh buat tuntutan sehingga 90% daripada gaji mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga disahkan negatif.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat tuntutan faedah PERKESO dan kaedah pengiraan bayaran yang layak diterima.
Isi Kandungan
PENUBUHAN BADAN BERTINDAK KHAS SIASAT TUNTUTAN SKIM
Penubuhan badan Bertindak Khas Siasat Tuntutan Skim adalah bertujuan untuk:
- Mempercepat urusan bayaran
- Permohonan diproses secepat mungkin
- Tempoh maksimum 45 hari daripada tarikh kes diterima
SYARAT BUAT TUNTUTAN
Pencarum yang layak buat tuntutan faedah PERKESO jika dijangkiti Covid-19 adalah:
- Masih sedang bekerja
- Masih aktif sebagai pencarum Socso
- Paling utama ialah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja
KADAR BAYARAN FAEDAH YANG AKAN DITERIMA
Pencarum yang dijangkiti Covid-19 dan memenuhi syarat kelayakan di atas layak menerima pampasan mengikut kadar gaji dan jumlah hari dirawat akibat jangkitan Covid-19. Berikut adalah cara pengiraan kadar faedah yang layak diterima:
- (80% Purata gaji / 30 hari) x Jumlah hari dirawat/ kuarantin
Contohnya, sekiranya gaji anda RM2,000 dan anda dikuarantin selama 14 hari:
- [(80% x RM2,000) / 30 hari) x 14 hari
=RM746.67
CARA BUAT TUNTUTAN
Majikan bertanggungjawab untuk melaporkan jangkitan tersebut kepada PERKESO dan dengan kadar segera mengemukakan permohonan melalui Borang 34. Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan:
- Borang Butiran Notis & Tuntutan Faedah – Borang 34
- Salinan kad pengenalan
- Sijil Cuti Sakit Asal
- Salinan rekod kedatangan/ kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan/ sistem kad perakam waktu)
- Laporan Pengesahan Positif Covid-19
- Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
- Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
- MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
- Isi Ruang Penyakit Khidmat
Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contohnya jangkitan daripada siapa dan apa tindakan majikan apabila pekerja dijangkiti)