Elaun Tingkatan Enam RM250 Sebulan: Adakah Bakal Dilaksanakan? Ini Penjelasan Terkini •Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) • Elaun Tingkatan Enam RM250 Sebulan: Adakah Bakal Dilaksanakan? Ini Penjelasan Terkini •Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •

Tawaran Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat RM1,000 Buat Pelajar IPT

Oleh Cikgu Shaari • October 3, 2022 • 2 min baca

Tawaran Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat RM1,000 Buat Pelajar IPT
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Bank Rakyat kini membuka tawaran Bantuan Awal Pengajian buat pelajar dari golongan B40 yang berkelayakan dan memerlukan bantuan untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan program BAP ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam mengurangkan bebanan kewangan pelajar dari keluarga berpendapatan B40 terutamanya yang telah terjejas akibat penularan COVID-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan pengajian dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Kadar Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan bank Rakyat disumbangkan kepada pelajar sebanyak:

  • RM1,000 seorang

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  • Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  • Pemohon merupakan pelajar semester 1.
  • Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan salah seorang pelajar yang melanjutkan pengajian dan berkelayakan seperti di atas, anda boleh buat permohonan dengan ikut langkah berikut:

Pelajar UniMAP

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Pelajar IPTA & IPTS

Permohonan bagi pelajar IPTA dan IPTS lain boleh dibuat melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:

Pastikan anda baca, fahami segala terma dan syarat yang dinyatakan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.