Elaun Tingkatan Enam RM250 Sebulan: Adakah Bakal Dilaksanakan? Ini Penjelasan Terkini •Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) • Elaun Tingkatan Enam RM250 Sebulan: Adakah Bakal Dilaksanakan? Ini Penjelasan Terkini •Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •

Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi, Bantuan Yuran Pengajian & Elaun RM600 Sebulan

Oleh Cikgu Shaari • August 29, 2022 • 3 min baca

Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi, Bantuan Yuran Pengajian & Elaun RM600 Sebulan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi/ Biasiswa Selangorku dibuka untuk anak Selangor yang belajar di IPT terpilih di Selangor dan merupakan dari golongan yang berpendapatan rendah.

Permohonan biasiswa dibuka sepanjang tahun kepada pemohon yang merupakan Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Semak maklumat lanjut biasiswa serta syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di bawah.

IPT TERPILIH

Program Khas Biasiswa ini adalah dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT berikut:

  • Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh),
  • Universiti Islam Antarabangsa (Gombak),
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi),
  • Universiti Putra Malaysia (Serdang),
  • Universiti Selangor (UNISEL),
  • Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),
  • Kolej Antarabangsa INPENS.

KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA

Kadar pembiayaan biasiswa bagi pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
    – Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti
  • Elaun Sara Diri
    – Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat kelayakan permohonan adalah:

  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan
  • Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  • Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

SYARAT AKADEMIK

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik berikut:

Ijazah Sarjana Muda Pertama

  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma

  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

CARA MEMOHON

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun dan boleh dilakukan secara manual atau online dengan langkah berikut:

Secara Online

Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui laman web berikut:

Secara Manual

  1. Muat turun Borang Permohonan Biasiswa di bawah perkongsian ini
  2. Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
  3. Hanya pemohon yang berjaya dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan biasiswa
  4. Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
  5. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas permohonan
  6. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing atau terus hantar ke alamat berikut:
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
    Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Klik pautan di bawah untuk download Borang Permohonan Biasiswa.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BIASISWA

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.