Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Diskaun Bil Elekrtik Hingga 40% Setiap Bulan Selama 3 Bulan Untuk Semua Pengguna 

Oleh Cikgu Shaari • June 29, 2021 • 2 min baca

Diskaun Bil Elekrtik Hingga 40% Setiap Bulan Selama 3 Bulan Untuk Semua Pengguna 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memahami masalah rakyat yang banyak terbeban akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu duduk di rumah setiap hari, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik kepada semua pengguna bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.

Diskaun bil elektrik akan diberikan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowat jam sebulan dan berkuat kuasa bagi tempoh 3 bulan mulai bil bulan Julai 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian diskaun bil elektrik yang ditawarkan.

Baca juga: Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar Akaun

KADAR DISKAUN BIL ELEKTRIK

Diskaun bil elektrik akan diberikan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Diskaun akan diberikan seperti berikut:

  • 40% diskaun: Penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan
  • 15% diskaun: Penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan

Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa:

  • bagi tempoh tiga bulan
  • mulai bil bulan Julai 2021

Baca: Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui JomPAY Yang Ramai Tak Tahu

DISKAUN BIL ELEKTRIK SEKTOR EKONOMI 10%

Selain itu, bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya:

  • pengendali hotel,
  • taman-taman tema,
  • pusat konvensyen,
  • pusat beli-belah,
  • pejabat syarikat pelancongan tempatan serta
  • agensi pengembaraan dan pelancongan

Diskaun bil elektrik dilanjutkan tiga bulan lagi sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021. Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, Kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak 1 bilion ringgit.

Diskaun Bil Elekrtik Hingga 40% Setiap Bulan Selama 3 Bulan Untuk Semua Pengguna 

Kerajaan berharap pemberian diskaun bil elektrik ini dapat meringankan beban dan mengurangkan perbelanjaan bulanan rakyat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.