Program Subsidi Upah 4.0: Bayaran RM600 Setiap Pekerja Untuk 4 Bulan Tanpa Had Gaji

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, Kerajaan telahpun membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Memandangkan respon positif berhubung program ini, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak 3.8 bilion ringgit yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan  bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 1.0, 2.0, 3.0

Sebelum ini kerajaan telahpun memperkenalkan PSU 1.0, 2.0 dan 3.0 dengan syarat-syarat tertentu seperti berikut:

Program Subsidi Upah 4.0: Bayaran RM600 Setiap Pekerja Untuk 4 Bulan Tanpa Had Gaji

Namun untuk Program Subsidi Upah 4.0 pula berbeza syaratnya.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

Melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung:

  • 500 pekerja setiap majikan
  • Kadar bayaran RM600 setiap pekerja
  • Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan
    – Dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN
    – Dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti

Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0:

  • TIADA HAD GAJI ditetapkan
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000

CARA MOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH

Permohonan mestilah dibuat oleh majikan.Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut langkah berikut:

  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online di https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan

Untuk mendapatkan panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkenaan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu.

PANDUAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma