Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar Akaun

Oleh Cikgu Shaari • April 27, 2020 • 2 min baca

Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar Akaun
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selalunya tiba sahaja hujung bulan antara perkara yang kita nanti-nantikan ialah bil elektrik. Namun jangan hairan pula bila bil elektrik tidak tiba di halaman rumah seperti biasa pada musim PKP ini kerana penghantaran bil elektrik secara fizikal dihentikan sepanjang PKP. Harap semua sudah sedia maklum perkara ini.

Namun ada juga yang pernah menghilangkan bil elektrik secara tidak sengaja kerana kebiasannya ia dihantar sewaktu ketiadaan orang di rumah semasa hari bekerja. Sekiranya hal ini terjadi, mula lah  gusar kerana mengalami kesukaran dalam melunaskan bayaran bil tersebut.

Baca juga Lupa Nombor Akaun Bank BSN? Ini 5 Cara Dapatkan Semula No Akaun Anda

Jangan risau jika anda ingin tahu bil elektrik anda dalam tempoh PKP ini atau anda kehilangan bil elektrik, anda boleh menyemaknya secara mudah di portal myTNB talian tanpa membuat sebarang pendaftaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk caranya

SEMAKAN BIL TNB ONLINE MELALUI PORTAL MYTNB

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan bil elektrik TNB secara online menggunakan portal myTNB. 

1. Buka myTNB

Anda perlu buka portal myTNB dan klik pada Express Payment untuk semakan jumlah bayaran bil elektrik anda.

Cara Mudah Nak Tahu Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar

2. Masukkan No Akaun Bil Elektrik

Setelah mendapat paparan seperti ini, masukkan nombor akaun bil elektrik anda yang anda boleh dapatkan di resit bil elektrik yang anda pernah terima untuk bulan sebelum ini.

Cara Mudah Nak Tahu Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar

Nombor akaun adalah di sebelah atas kiri di resit bil elektrik anda yang anda terima sebelum ini.

Cara Mudah Nak Tahu Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar

3. Paparan Jumlah Bil

Anda akan mendapat paparan seperti berikut beserta jumlah bil elektrik anda pada bulan semasa. Untuk menghantar resit terus ke emel, anda hanya perlu masukkan emel anda di ruangan yang disediakan.Cara Mudah Nak Tahu Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar

Jadi itulah jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar. Anda boleh terus membuat bayaran di portal tersebut ataupun di 7Eleven berdekatan anda. Pastikan anda membawa resit untuk membuat bayaran di luar. Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.