Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

PUSPAKOM Buka Semula Operasi 29 April, Anda Perlu Buat Temu Janji Melalui MyPUSPAKOM

Oleh Cikgu Shaari • April 27, 2020 • 2 min baca

PUSPAKOM Buka Semula Operasi 29 April, Anda Perlu Buat Temu Janji Melalui MyPUSPAKOM
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

PUSPAKOM telah memaklumkan bahawa semua cawangan PUSPAKOM bakal mula beroperasi semula pada 29 April 2020 kecuali di Batu Caves, Pandan Mewah, Glenmarie dan Taman Daya.

Seperti yang dimaklumkan, kategori kenderaan perdagangan yang boleh diterima oleh Puspakom untuk sementara ini termasuk kenderaan barangan, perkhidmatan awam dan pelancongan. Untuk perkhidmatan lain akan diumumkan nanti.

Cawangan yang dibuka juga akan menyediakan khidmat pembaharuan insurans, sementara cawangan di Lembah Klang dan zon selatan yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) juga akan menyediakan perkhidmatan tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai tempahan sebelum pergi ke cawangan Puspakom.

BUAT TEMU JANJI SEBELUM HADIR KE PUSPAKOM

Puspakom juga memaklumkan bagi memudahkan urusan, semua pelanggan perlu membuat tempahan menerusi MyPUSPAKOM sebelum hadir membuat pemeriksaan kenderaan. Tidak ada pelanggan yang dibenarkan ‘walk in’ untuk pemeriksaan kecuali bagi kenderaan yang telah tamat perakuan pemeriksaan antara 18 Mac hingga 28 April ini.

Bagaimanapun, kumpulan ini perlu merujuk jadual disediakan menerusi puspakom.com untuk memastikan memastikan tarikh yang ditetapkan bagi pemeriksaan kenderaan mereka.

Kenderaan yang tamat tempoh perakuan pemeriksaan selepas 28 April ini, diwajibkan membuat temu janji dalam talian di www.mypuspakom.com.my sebelum hadir pemeriksaan dan perlu membawa Insurance Cover Note sebagai dokumen tambahan selain kad pendaftaran kenderaan asal dan perakuan pemeriksaan terkini.

PENDAFTARAN DI KAUNTER

Pelanggan juga perlu mendaftar di kaunter pendaftaran di cawangan yang dipilih sebelum 4.30 petang dan hanya seorang pemandu sahaja dibenarkan masuk ke premis pada satu masa.

Dalam pada itu, Puspakom mengingatkan pelanggan untuk menangguhkan atau menghantar wakil bagi menjalankan pemeriksaan kenderaan jika tidak sihat, mengalami simptom batuk, demam, dan sesak nafas atau mempunyai sejarah melancong ke luar negara.

Orang ramai boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini dengan mengikuti Facebook rasmi Puspakom Sdn Bhd atau layari www.puspakom.com.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.