Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Selidik Background Company, Kewangan & Lain-lain Sebelum Pergi Temuduga. Penting Buat Check Up Mudah Ini

Oleh Cikgu Shaari • April 27, 2020 • 3 min baca

Cara Selidik Background Company, Kewangan & Lain-lain Sebelum Pergi Temuduga. Penting Buat Check Up Mudah Ini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam membuat permohonan kerja, adalah penting untuk kita menyemak latar belakang kewangan syarikat terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan sebelum temuduga. Dalam mencari kerja, pastinya ada beberapa aspek yang kita ambil kira seperti gaji yang ditawarkan, lokasi tempat kerja, pengalaman kerja yang bakal diperolehi dan lain-lain.

Selain daripada aspek berikut, ada lagi aspek penting yang perlu kita ambil tahu iaitu latar belakang syarikat bakal majikan kita terutamanya syarikat yang kita mohon dalam kategori Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS).

Perkara yang paling merisaukan adalah kemampuan syarikat PKS untuk membayar gaji pekerja secara konsisten, tidak lebih dari tarikh bayaran yang ditetapkan. Sebab itu kita kena tahu latar belakang kewangan syarikat yang kita mohon kerja dan biasanya maklumat kewangan tidak akan dipaparkan dalam laman web syarikat tersebut.

Jadi di mana kita boleh dapatkan maklumat kewangan syarikat berikut? Ikut perkongsian di bawah untuk jawapannya.

CARA DAPATKAN MAKLUMAT LATAR BELAKANG KEWANGAN SYARIKAT

Terdapat dua portal yang kita boleh gunakan untuk daftar dan beli profile sesebuah syarikat iaitu:

  1. SSM E-info
  2. SSM mydata

Jika anda membeli profile syarikat yang anda ingini, anda akan memperoleh ringkasan maklumat kewangan Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Dalam Kunci Kira-kira, ada maklumat jumlah tunai syarikat di bank dan di tangan. Jumlah tunai ini adalah penanda aras bagi syarikat untuk terus menjalankan aktiviti perniagaan untuk tempoh setahun yang berikutnya.

Selain itu, kita juga boleh melihat jumlah liabiliti semasa syarikat. Jika jumlah liabiliti semasa syarikat lebih besar dari aset semasa, maksudnya syarikat berkemungkinan besar akan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perbelanjaan operasi syarikat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA INGIN BEKERJA DI SYARIKAT YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN?

Apabila kita mengetahui syarikat itu bakal menghadapi masalah kewangan dan kita tetap ingin bekerja di syarikat itu, kita boleh cuba dapatkan maklumat seberapa banyak yang mungkin tentang perancangan syarikat untuk meningkatkan aliran tunai dan menstabilkan kewangan syarikat semasa sesi temuduga.

Di dalam profile syarikat yang berharga RM15 itu, kita juga boleh memperolehi maklumat pemegang saham syarikat dan senarai ahli lembaga pengarah. Pemegang saham adalah pemilik syarikat sebenar. Ada dari kalangan pemegang saham yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan turut bekerja dalam syarikat. Kebanyakan syarikat PKS tidak mendedahkan maklumat ini kerana menganggap maklumat ini adalah sulit.

APA MAKSUD JIKA LAPORAN KEWANGAN SYARIKAT TIDAK DIKEMASKINI DALAM SSM E-INFO & SSM MYDATA?

Sekarang kita berada di tahun 2020, sepatutnya laporan audit yang dikemaskini dalam ssm e-info dan ssm mydata ialah laporan kewangan beraudit bagi tahun 2019. Namun masa kita beli profile tersebut telah menunjukkan laporan terkini yang ada ialah tahun 2017 atau ke bawah.

Jika anda mendapat situasi seperti ini, kita boleh mengandaikan bahawa syarikat mempunyai masalah dengan audit kerana gagal membuat laporan kewangan beraudit setiap tahun.

Kita juga boleh mengandaikan bahawa syarikat mempunyai masalah tadbir urus, sehingga juruaudit enggan mengesahkan akaun syarikat. Juruaudit mungkin mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mengeluarkan laporan audit untuk syarikat tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi berkongsi mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan risiko tidak dibayar gaji atau lambat dari tarikh yang sepatutnya.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.