Permohonan Dana BNM Untuk Pembelian Rumah Mampu Milik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.
Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bagi membuat permohonan pembiayaan BNM:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah bulanan maksimum sebanyak RM4,360
- Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
- Peminjam tunggal atau peminjam bersama
- Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
- Harga maksimum dinaikkan sehingga RM300,000
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
Berikut adalah maklumat pembiayaan yang ditawarkan:
- Margin Pembiayaan
Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful - Kadar Pembiayaan
Kadar pembiayaan maksimum ialah 3.5% setahun - Tempoh Pembiayaan
Maksimum sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah
JENIS RUMAH YANG LAYAK
Pemohon boleh mohon pembiayaan untuk pembelian rumah Rm300,000 ke bawah dan merupakan rumah jenis:
- Rumah kediaman di pasaran utama
- Rumah kediaman: Rumah teres / pangsapuri / apartmen
- Pasaran utama sahaja: Rumah yang dijual oleh pemaju perumahan termasuk rumah yang masih dalam pembinaan.
CARA MOHON DANA
Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan hubungi salah satu pusat Institusi Kewangan yang mengambil bahagian berikut:
- AmBank (M) Berhad (AmBank) : 03-2178 8888
- Bank Simpanan Nasional (BSN) : 1-300 88 1900
- CIMB Bank Berhad (CIMB) : 03-6204 7788
- Malayan Banking Berhad (Maybank) : 1-300 88 6688
- RHB Bank Berhad (RHB) : 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)
Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK)