Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Dana BNM Untuk Pembelian Rumah Mampu Milik

Oleh Cikgu Shaari • September 22, 2020 • 2 min baca

Permohonan Dana BNM Untuk Pembelian Rumah Mampu Milik
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.

Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi membuat permohonan pembiayaan BNM:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan maksimum sebanyak RM4,360
  • Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
  • Peminjam tunggal atau peminjam bersama
  • Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
  • Harga maksimum dinaikkan sehingga RM300,000

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Berikut adalah maklumat pembiayaan yang ditawarkan:

  • Margin Pembiayaan
    Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful
  • Kadar Pembiayaan
    Kadar pembiayaan maksimum ialah 3.5% setahun
  • Tempoh Pembiayaan
    Maksimum sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah

JENIS RUMAH YANG LAYAK

Pemohon boleh mohon pembiayaan untuk pembelian rumah Rm300,000 ke bawah dan merupakan rumah jenis:

  • Rumah kediaman di pasaran utama
  • Rumah kediaman: Rumah teres / pangsapuri / apartmen
  • Pasaran utama sahaja: Rumah yang dijual oleh pemaju perumahan termasuk rumah yang masih dalam pembinaan.

CARA MOHON DANA

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan hubungi salah satu pusat Institusi Kewangan yang mengambil bahagian berikut:

  • AmBank (M) Berhad (AmBank) : 03-2178 8888
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) : 1-300 88 1900
  • CIMB Bank Berhad (CIMB) : 03-6204 7788
  • Malayan Banking Berhad (Maybank) : 1-300 88 6688
  • RHB Bank Berhad (RHB) : 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK)

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.