Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Permohonan Skim Pembiayaan Kenderaan UTHM Sehingga RM90,000

Oleh Cikgu Shaari • September 22, 2020 • 2 min baca

Permohonan Skim Pembiayaan Kenderaan UTHM Sehingga RM90,000
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyediakan Skim Pembiayaan Kenderaan buat staff UTHM yang memerlukan kereta atau kenderaan lain untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut pembiayaan kenderaan di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin layak mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Staf UTHM yang berstatus tetap atau kontrak
  • Memerlukan kenderaan agar dapat menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • Mempunyai lesen memandu yang sah

HAD MAKSIMA PEMBIAYAAN

Had maksima pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kereta
    a. Jawatan Utama dan Gred Khas: RM90,000
    b. Kumpulan Pengurusan dan Profesional: RM75,000
    c. Kumpulan Sokongan: RM65,000
  • Basikal: RM500
  • Bot: RM700
  • Motosikal: RM10,000
  • Motobot: RM40,000
  • Engin Motobot:RM3,500

TEMPOH MAKSIMA PEMBIAYAAN

Tempoh maksima pembiayaan adalah:

  • Kereta terpakai: 89 bulan (8 tahun)
  • Kereta baru: 108 bulan (9 tahun)
  • Motosikal terpakai/Motobot / Engin Motobot: 48 bulan (4 tahun)
  • Motosikal baru: 60 bulan (5 tahun)
  • Bot: 24 bulan (2 tahun)
  • Basikal: (20 bulan)

APA YANG PERLU DISEDIAKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan Lesen memandu yang sah
  • Sebutharga atau surat jualbeli kenderaan
  • 3 Borang permohonan yang telah lengkap diisi
  • Salinan surat tawaran atau pengesahan jawatan
  • 2 orang penjamin

PENJAMIN YANG LAYAK

Penjamin yang layak merangkumi:

  • 2 Orang staf UTHM
  • Dalam kumpulan perkhidmatan yang sama atau lebih tinggi
  • Berstatus tetap dan telah disahkan jawatan

PENGIRAAN KELAYAKAN

Pengiraan kelayakan staff untuk memohon pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok
  • Semua potongan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun-elaun

SYARAT BAGI KENDERAAN TERPAKAI

Bagi yang ingin membeli kenderaan terpakai, mestilah penuhi syarat berikut:

  • Mempunyai sijil nilaian kenderaan daripada JKP
  • Kenderaan tidak terikat dengan syarikat kewangan yang lain
  • Harga pembiayaan tidak boleh melebihi harga penilaian
  • Kenderaan mestilah dilindungi oleh insurans komprehensif sehingga tamat tempoh pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak boleh melebihi tempoh berekonomi dan selamat dipakai

PERKARA DALAM SIJIL PENILAIAN JKR

Maklumat dalam Sijil Penilaian JKR mestilah ada:

  • Nama Pemilik berdaftar
  • Jenis, nombor pendaftaran dan kuasa enjin kenderaan
  • Nombor chasis dan nombor enjin
  • Nilai kereta/motosikal
  • Baki tempoh kereta/motosikal berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pembiayaan Kenderaan, anda boleh hubungi Unit Gaji dan Pinjaman UTHM di talian berikut:

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan Skim Pembiayaan Kenderaan.

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UTHM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.