Mak Ayah Boleh ‘Claim’ RM3,000, Jika Hantar Anak Ke Taman Asuhan & Pra-Sekolah Berdaftar. Follow Cara Ini

Mungkin sehingga kini ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa sebenarnya ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM3,000 untuk anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak atau pra sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM2,000 sebelum ini.

Baca juga: Dapatkan Pelepasan Cukai Ke Atas Pembelian Gajet Baru Sehingga RM2500 Sebelum 31 Disember Ini (Laptop, PC, Tablet, Telefon)

Pelepasan cukai ini termasuk dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 Perenggan 44(6)(1)(r) di bawah Pelepasan Cukai Individu yang menyatakan ‘‘Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah”.

Jadi takkan nak lepaskan peluan membuat tuntutan pelepasan cukai individu sehingga RM3,000?

Di bawah kami kongsikan dengan anda senarai pusat asuhan dan pra-sekolah berdaftar yang anda boleh hantar anak anda dan seterusnya mendapatkan pelepasan cukai pendapatan.

SENARAI PELEPASAN CUKAI YANG BOLEH DI TUNTUT DALAM PENGIRAAN CUKAI

Di bawah infografik rasmi yang dikeluarkan oleh LHDN Malaysia mengenai senarai pelepasan yang boleh anda tuntut dalam pengiraan cukai setiap tahun.

Baca juga: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

Baca juga: Simpan Resit Hotel & Percutian Anda, Boleh Dapat Pelepasan Cukai Pendapatan RM1,000

SEMAK SENARAI TASKA/PRA-SEKOLAH YANG BERDAFTAR

Sebelum melayakkan anda claim RM2,000 pastikan anda semak dahulu status pendaftaran pusat asuhan/pra-sekolah anak-anak.

Ibu bapa boleh membuat semakan samada taska anak anda berdaftar atau pun tidak melalui beberapa cara yang dikongsikan di bawah.

1 Layari Laman Web Jabatan Kebajikan Malaysia

Untuk membuat semakan, layari laman web Jabatan Kebajikan Malaysia

Mak Ayah Boleh 'Claim' RM2,000, Jika Hantar Anak Ke Taman Asuhan & Pra-Sekolah Berdaftar

Setelah membuka laman web Jabatan Kebajikan Malaysia, pergi ke bahagian perkhidmatan kanak-kanak dan buat pilihan Senarai Taska Berdaftar untuk menyemak senarai taska yang berdaftar.

Jika taska anak anda tersenarai dalam laman tersebut, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai tersebut.

2 Layari Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah

Selain daripada kaedah di atas, ibu bapa juga boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah.

Sebelum membuat semakan, ibu bapa perlu membuat pendaftaran dulu di laman tersebut. Setelah selesai pendaftaran, buat semakan senarai pra-sekolah yang berdaftar. Jika pra-sekolah anak anda tersenarai di laman tersebut, maka anda layak untuk mendapatkan pelepasan cukai.

DAFTARKAN ANAK DI TASKA DAN PRA-SEKOLAH YANG BERDAFTAR SAHAJA

Untuk makluman ibu bapa yang masih belum membuka mata mengenai hal ini, sangat penting untuk mendaftarkan anak-anak di taska yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan tahap pendidikan taska tersebut adalah lebih terjamin mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas Taska dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan,keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

Menurut Akta 308 Seksyen 2, definisi taman asuhan kanak-kanak adalah mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar

Taman asuhan kanak-kanak berdaftar bermaksud suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6(1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

KATEGORI TASKA

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska seperti berikut:

  1. Taska Di Institusi
    -Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
    -Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan
  2. Taska Di Tempat Kerja
    -Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
    -Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
  3. Taska Komuniti
    -Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
    -Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  4. Taska Di Rumah
    -Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
    -Dijalankan di kediaman sendiri

Pastikan anda simpan resit pendaftaran anak-anak ke pusat asuhan / pra-sekolah yang didaftarkan dengan JKM atau KPM bagi membolehkan anda claim RM2,000 sebagai pelepasan cukai.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma