Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Panduan Mencarum KWSP Setiap Bulan Lebih Dari Kadar Diwajibkan

Oleh Cikgu Shaari • September 19, 2022 • 2 min baca

Panduan Mencarum KWSP Setiap Bulan Lebih Dari Kadar Diwajibkan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebagai pekerja yang bergaji tetap, anda mempunyai pilihan untuk mencarum lebih untuk simpanan yang lebih baik. Anda dan majikan anda (atau kedua-duanya sekali) boleh mencarum pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi mana anda memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Voluntary Excess dalam talian (e-VE) disediakan untuk kemudahan permohonan pendaftaran atau pembatalan Voluntary Excess (VE) bagi Syer Pekerja dan/atau Syer Majikan melalui i-Akaun (Majikan). Bagi yang nak mencarum lebih dari yang ditetapkan anda boleh buat permohonan sekarang!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan caruman KWSP melebihi dari yang berkanun.

PENCARUM YANG BOLEH BUAT CARUMAN LEBIH

Berikut adalah pihak yang boleh membuat caruman setiap bualn melebihi darip berkanun:

  • Pekerja
    Mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP 17A (AHL)/ KWSP 18A (AHL) kepada majikan masing-masing.
  • Majikan
    Tiada Borang diperlukan bagi permohonan VE (Syer Majikan).
    Majikan perlu mengunci masuk permohonan VE (Syer Pekerja) dan VE (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan)

KADAR PERATUSAN MAKSIMUM POTONGAN CARUMAN

Peratusan potongan caruman maksimum yang boleh dimohon adalah seperti berikut:

  • Pekerja
  • Majikan
    Tiada had maksimum ditetapkan. Walau bagaimanapun kadar sebenar adalah tertakluk kepada syarat dan terma majikan masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP (Warganegara dan Bukan Warganegara) yang belum mencapai umur 75 tahun; dan
  • Semua majikan yang berdaftar dengan KWSP.

CARA MOHON UNTUK MEMBUAT CARUMAN LEBIH

Proses pengendalian permohonan pendaftaran VE bagi Syer Pekerja adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melengkapkan Borang KWSP 17A (AHL) / KWSP 18A (AHL) – Permohonan Pendaftaran / Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) yang boleh diperoleh di laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/
  2. Ahli perlu mengemukakan borang tersebut kepada majikan, dan majikan hendaklah mengunci masuk maklumat permohonan pekerja berkenaan melalui i-Akaun (Majikan). Sila rujuk Panduan Permohonan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (VE) Melalui i-Akaun (Majikan).
  3. Borang yang diterima oleh majikan perlu disimpan sebagai rekod majikan (tidak perlu dikemukakan kepada KWSP).

Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) di mana Permohonan Pendaftaran/ Pembatalan VE yang berjaya akan menerima mesej di ruangan Inbox.

Untuk maklumat lanjut berkenaan caruman KWSP melebihi dari yang berkanun, anda boleh rujuk di laman web rasmi https://www.kwsp.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.