Cara Mudah Print-out Daripada Handphone Terus Ke Printer, Tak Perlu Pakai Laptop
Memandangkan penularan wabak COVID-19 masih berleluasa dan menyebabkan PKP dilanjutkan lagi, para pelajar perlu mula belajar di rumah dan ada cikgu-cikgu yang masih komited memberi kerja sekolah walaupun murid berada di rumah.
Zaman sekarang semuanya di hujung jari, cikgu hanya perlu beri dokumen kerja sekolah melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram sahaja menerusi ibu-bapa agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Namun yang menjadi kesukaran ibu bapa adalah apabila perlu mencetak keluar kerja sekolah tersebut.
Apa yang lecehnya lagi, apabila terpaksa buka laptop untuk print out kerja sekolah itu. Tak perlu, sebenarnya ada cara untuk print guna handphone terus ke printer. Tak perlu lagi buka laptop untuk print out.
Ikuti perkongsian oleh Fizie Joeker ini menerusi laman Facebooknya untuk cara print out menerusi handphone.
Isi Kandungan
APA YANG PERLU ADA
1.Printer
Apa yang paling penting adalah kena ada printer tidak kira jenama apa pun. Jika printer murah pun tak apa.
2. Cable OTG
Cable ini boleh dapatkan di kedai Eco, Ninso atau DIY berdekatan untuk sambungkan handphone terus ke printer.
3. Apps PrinterShare Mobile
Ibu bapa perlu download aplikasi PrinterShare di handphone sendiri. Cari sahaja aplikasi ini di dalam playstore.
DAH READY APA YANG PERLU?
Bila sudah sediakan semua seperti yang diperlukan di atas ikut langkah mudah ini:
- Sambungkan cable USB printer terus ke cable OTG,
- Cucuk OTG yang disambung tadi ke handphone anda
- Buka aplikasi PrinterShare tadi untuk setting dan terus print out
Siap! Mudah kan. Tak perlu lagi bazir duit beli laptop hanya untuk print out kerja sekolah. Masa pun lebih jimat print terus sahaja dari handphone. Selamat mencuba!