Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Cara Buat Penunaian RM500 Bantuan Kehilangan Pekerjaan Di Kaunter BSN

Oleh Cikgu Shaari • October 26, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Penunaian RM500 Bantuan Kehilangan Pekerjaan Di Kaunter BSN
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai akan bermula secara rasminya pada 26 Oktober 2021 (Selasa) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai RM500 yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

Bagi yang dah buat semakan dan layak menerima BKP, anda boleh semak kaedah bayaran masing-masing. Hanya yang dapat status Tunai sahaja perlu buat penuaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STATUS

Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP mulai 26 Oktober 2021 di pautan berikut:

SIAPA YANG PERLU BUAT PENUNAIAN DI BSN?

Individu yang akan dapatkan pembayaran BKP secara tunai di BSN adalah penerima yang mendapat status seperti berikut:

Kredit Akaun Bank

Sekiranya kaedah bayaran memaparkan “Kredit Akaun Bank”, anda tidak perlu pergi ke BSN untuk buat penunaian. Anda hanya perlu tunggu wang bantuan dimasukkan ke akaun masing-masing mulai 26 Oktober 2021.

Pembayaran BKP melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

CARA BUAT PENUNAIAN BKP DI BSN

Untuk buat pembayaran secara tunai, penerima perlu:

  • Bawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN berdekatan

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKP.

Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter. Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1 300 88 1900.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.