Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

PR1MA STEP: Cara Mohon Program Latihan Kerjaya PR1MA & Terima Elaun Sehingga RM1,600

Oleh Cikgu Shaari • October 27, 2021 • 2 min baca

PR1MA STEP: Cara Mohon Program Latihan Kerjaya PR1MA & Terima Elaun Sehingga RM1,600
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perbadanan PR1MA Malaysia memperkenalkan PR1MA STEP (SAKU Training and Employment Program) dengan matlamat untuk memberi peluang pekerjaan dan peluang bina kerjaya kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Graduan yang masih menganggur juga dialu-alukan untuk mohon.

Inilah peluang anda bina kerjaya dengan PR1MA dan dapatkan latihan kemahiran berguna untuk kerjaya masa hadapan. Apa yang lebih menarik adalah elaun akan diberi kepada individu yang mengikuti program ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PR1MA STEP

PR1MA STEP atau SAKU Training and Employment Program adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan dalam bentuk latihan dan peluang pekerjaan dengan Perbadanan PR1MA Malaysia.

Peluang mengikuti latihan ditawarkan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan graduan yang masih menganggur.

Individu yang berkelayakan dan lulus permohonan akan mengikuti program dalam tempoh:

  • Tempoh program: 12 bulan

MANFAAT PROGRAM

Antara kelebihan yang diterima apabila bekerja dan mengikuti latihan sebagai PR1MA STEP adalah:

  • Elaun RM1,300 hingga RM1,600
  • Peluang pekerjaan
  • Peluang bina kemahiran bekerja

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai kelayakan pendidikan seperti Ijazah/ Diploma/ SPM
  • Lepasan graduan digalakkan untuk memohon

Antara kelebihan lain yang melayakkan anda mengikuti program adalah:

  • Kemahiran interpersonal yang baik
  • Ramah, boleh bekerja dalam kumpulan dan boleh melayan pelanggan dengan baik
  • Boleh bekerja di luar daerah mengikut arahan dan hujung minggu
  • Mahir menggunakan Microsoft Office

CARA MOHON PR1MA STEP

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sekarang secara online. Permohonan boleh dibuat melalui pautan yang disediakan:

BORANG PERMOHONAN PR1MA STEP

Lengkapkan borang permohonan secara online sehingga selesai dan klik Submit. Calon diminta untuk memuat naik pautan untuk Resume dan CV.

Untuk maklumat lanjut mengenai PR1MA STEP, anda boleh terus ke laman https://www.pr1ma.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.