Permohonan Biasiswa Endowment UiTM Sehingga RM3,500 Sebulan Kini Dibuka

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan bangganya telah mengumumkan program biasiswa pertamanya yang menawarkan bantuan kewangan ganjaran untuk pelajar yang sedang mengejar pengajian dan pascasiswazah mereka.

Biasiswa berprestij dan berdaya saing ini dipanggil Biasiswa Endowment UiTM dan kini dibuka untuk permohonan. Calon terbaik yang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara dijemput untuk memohon.

Semak syarat kelayakan dan maklumat biasiswa di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak memohon Biasiswa Endowment UiTM:

  • Terbuka kepada pascasiswazah dan prasiswazah sepenuh masa(research mode)
  • Bukan penerima biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi (kecuali zakat, dermasiswa, hadiah atau apa-apa jenis biasiswa)
  • Jika anda kontrak pinjaman sebelum ini, batalkan atau tangguh dari penaja sebelumnya untuk lulus permohonan biasiswa ini
  • Tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinik UiTM dikecualikan)
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis
  • Belum disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia / luar negara)

Semak syarat kelayakan akademik setiap peringkat pengajian DI SINI.

TEMPOH & KADAR BIASISWA ENDOWMENT UiTM

Ijazah Sarjana Muda

  • Maksima pembiayaan biasiswa 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis program pengajian.
  • Kadar biasiswa RM750 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti.

Ijazah Sarjana

  • Maksima pembiayaan biasiswa selama 2 tahun
  • Kadar biasiswa RM2,000 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti

PhD

  • Maksima pembiayaan biasiswa hingga 4 tahun
  • Kadar biasiswa RM3,000 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti

Ijazah Sarjana Luar Negara

  • Kadar biasiswa RM2,500 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti

PhD Luar Negara

  • Kadar biasiswa RM3,500 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti

MEKANISMA PEMANTAUAN

  • Penerima Biasiswa Endowment UiTM Ijazah Sarjana Muda akan dipantau berdasarkan keputusan peperiksaan akhir setiap semester. Penerima perlu memperoleh sekurang-kurangnya IPK 3.50 untuk mengekalkan biasiswa
  • Penerima Sarjana atau PhD akan dipantau setiap enam bulan di mana penerima perlu membuat laporan kemajuannya kepada ahli jawatankuasa biasiswa.
  • Kemajuan dan pencapaian penerima harus merangkumi maklumat berikut bergantung pada fasa kajian:
    i) Kemajuan kerja penyelidikan
    ii) Hasil penerbitan penyelidikan
    iii) Hasil / penemuan inovasi dan lain-lain

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon Biasiswa Endowment UiTM, anda boleh buat permohonan sebelum 15 Oktober 2020. Anda perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan sediakan dokumen yang diperlukan. Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN BIASISWA ENDOWMENT UITM

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN

Permohonan yang lengkap beserta dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:

  • Director Endowment Unit
    Level 20, Tower 2,
    Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah
    Universiti Teknologi MARA
    40450, Shah Alam
    Selangor, Malaysia
    Tel : +603-5544 2024

Atau secara email ke alamat berikut:

  • Email: endowment@uitm.edu.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma