Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Tawaran Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Lepasan SPM & Diploma/ Setaraf Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • June 23, 2021 • 2 min baca

Tawaran Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Lepasan SPM & Diploma/ Setaraf Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa. Malaysia dijangka memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2030.

Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju sentiasa memberi sokongan dan kemudahan kepada pelajar di Malaysia yang ingin sambung pengajian dalam bidang perakaunan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa Tajaan Yayasan Peneraju dan cara buat permohonan.

BIASISWA YAYASAN PENERAJU BUMIPUTERA

Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja.

Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.

Bagi meneruskan usaha meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera yang bertauliah, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 3 program pembiayaan skema terbaru iaitu pembiayaan tambahan atau ‘top-up’ kepada calon yang mendaftar untuk pengajian pensijilan profesional secara sepenuh masa atau separuh masa.

JENIS BIASISWA DITAWARKAN

Terdapat 2 kategori biasiswa ditawarkan iaitu:

Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (ACCA FIA – ACCA)

  • Biasiswa Lepasan SPM/ O-Level berumur 19 tahun ke bawah
  • Pensijilan: ACCA Foundation in Accounting – ACCA

Semak syarat kelayakan di bawah:

Pembiayaan Perakaunan Undergraduates

  • Biasiswa lepasan Diploma/ CAT/ CFAB/ STPM/ Matrikulasi atau setaraf berumur 19 hingga 23 tahun
  • Pensijilan: ACCA/ ICAEW/ CPA Australia Nama

Semak syarat kelayakan berikut:

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan biasiswa Yayasan Peneraju tahun 2021 kini dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup permohonan: 25 Jun 2021

CARA MEMOHON

Permohonan bagi kedua-dua jenis biasiswa yang ditawarkan boleh dibuat secara atas talian. Klik pautan berikut untuk mohon Biasiswa Yayasan Peneraju Bumiputera:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Yayasan Peneraju Pendidikan melalui emel di alamat info@yayasanpeneraju.com.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.